Archive for the 2 jam sebelum sultan alauddin syahid diracun category

August 27th, 2008

SINONIM

Sudah hampir lapan tahun berblog. Ada sahabat memberitahu, banyak penulis blog masa kini meniru gaya menulis aku. Bagi aku itu normal. Bukannya aku paternkan pun. Kalau ia baik, apa salahnya. Pahalanya masuk kantung aku juga. Lagi-lagi kalau tulisan mereka ke arah yang nahi mungkar. Aku juga kadang-kadang meniru gaya menulis yang baik seperti sinaganaga. Mahu kenal gaya tulisan bluehikari?

1. Kalau menulis beberapa topik pendek dalam satu entri dan rencam, aku suka menggunakan perkataan Alif, Ba, Ta, Tha @ Satu, Dua, Tiga @ Ichi, Ni, San @ A, B, C, D untuk membezakan topik berkenaan dengan pemerengganan.

2. Acapkali menggunakan perkataan “ironi”, “ironinya” dan ”waima”.

3. Pelopor menulis ejaan SMS dengan “es-em-es”.

4. Mengeja RM dengan “Ar Em”.

5.  Kurang gemar menggunakan nombor dalam tulisan. Biasanya akan dieja penuh.

Baik, itu antaranya. Ada sahabat yang perasan lain-lain gaya tulisan aku? Sahabat yang paling banyak menyenaraikan gaya itu dan sahih, saya bagi hadiah misteri. Yay!

++++

“Mahu apa lagi wahai Bendahara? Kamu kalah mengemudi dengan majoriti lebih besar pula kali ini. Masih mahu duduk di kerusi empuk itu lagi?” 

Terima Kasih kepada sahabat-sahabat yang datang memberikan sokongan dengan menonton teater 2 Jam Sebelum Sultan Alauddin Diracun di APIUM. Terutamanya untuk rakan setugas, rakan blog dan pelajar-pelajar aku. Dengarnya ada wakil parti-parti politik dan badan Keselamatan negara turut datang menonton. Pementasan berbaki 3 hari. Tiket hari terakhir 29 Ogos telah penuh ditempah. Tetapi tiket pementasan untuk 27 dan 28 Ogos masih banyak lagi. Jangan pergi saat akhir.  

August 26th, 2008

PELUK?

“Katakanlah wahai Muhammad, aku tidak meminta kepadamu sesuatu upah atas seruanku kecuali kasih sayang dalam kekeluargaan”, Asy-Syura 23.

Apakah perasaan kalian, apabila keluar sahaja ke tengah pentas, belum buat apa-apa aksi lagi sudah ada kedengaran gelak ketawa. Ya, itulah impaknya kalau lakonan di babak pertama telah memikat hati mereka. Serasa kehadiran kita keluar ke tengah pentas ditunggu-tunggu. Diterima. Alhamdulillah.

Aksi paling ngeri? Sampai penonton wanita tutup mata dengan tangan dan hanya melihat dari celah-celah jari? Sudah tentu yang itu. Kalau nak tahu, kenalah datang menonton.

Meski dalam lebat hujan, pementasan hari pertama berjaya menambat hati penonton. Selepas pementasan kami sesama pelakon dan kru bersalam erat sambil berpelukan. Peluk? Eioooouuuwww…..

Rudy, u perform very well. Thank u“, Es-em-es penulis skrip. 

Malam ini malam kedua. Nantikan kejutan.

August 25th, 2008

JANGAN LUPA

* Pementasan ‘Dua Jam Sebelum Sultan Alauddin Syahid Diracun’, Auditorium Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 25-29 Ogos 2008, 8.15 malam. Ia adalah sebuah drama yang mengupas iklim siasah yang penuh kerancuan ini.

Tiket boleh ditempah mulai sekarang dengan membuat pesanan melalui, DR ABU HASSAN HASBULLAH                +60179747331         atau email muringwien@mac.com. Juga boleh menghubungi produser: HAMZAH AMIR                +60172052409         atau email hamzah_oc@yahoo.com atau SAIFUL DIWAN di                +60175331002        .