About Rudy

Bluehikari lahir pada 1 November 2000. Medium penulisan diasaskan kepada pengalaman hidup Rudy Bluehikari bermula di Fukushima dan seterusnya di kampung halaman; Banting.

MEMBERI

Kita rasa telah sempurna memberi. Namun, masih ada yang belum memiliki. Ya, hati ini.

SELAMAT BERANGKAT KE NEGERI ABADI HUDA

UnknownJam 11 pagi. Mohzan OP-Zaharin tiba-tiba mesej dia,

“Kau kenal Huda? Widd NurHuda?”

Dia geleng kepala. Hairan. Otak ligat memutar ingatan jika ada kenalan bernama Huda.
“Kawan Huda minta nombor handphone kau. Urusan penting!”.

Tak sampai 5 minit, telefon bimbit dia berdering daripada nombor tidak dikenali.
“Assalamualaikum. Saya Faizah, kawan Huda. Huda nak sangat jumpa tuan. Ini Tuan Rudy kan?”

Kerutan dahi dia semakin bertambah. Masih tidak dapat cam Huda yang mana satu.

“Ya saya Rudy…. Kenapa dengan Huda ya?”

Suara Faizah tertahan-tahan dan terhenti-henti.

“Huda Koma…. Mak cik dia mimpi jumpa Huda semalam.”

Hurm… Dia jadi “blur” tiba-tiba.

“Dalam mimpi tu Huda sebut nama Tuan Rudy. Dia nak sangat jumpa sebelum dia pergi. Tuan Rudy datang ya…. Saya sampaikan pesan kepada keluarga Huda sekarang…..”.

Dia bungkam. Benar dia langsung tidak mengenali Huda!

+

Pedal minyak kereta bagai ditekan untuk memecut sehabisnya. Mahu segera sampai ke Institut Kanser Negara, Putrajaya.

Sampai di depan Alamanda, tiba-tiba telefon bimbit berbunyi lagi,

“Assalamualaikum Tuan Rudy. Saya adik Huda. Lepas Mak bisik kat dia Tuan Rudy nak datang, Kak Huda pergi!”.

Allahu. Innalillahiwainna ilaihirojiun…… Pecah juga kolam air mata! Tiada daya kita Ya Allah.

Sampai di Wad 9B, pandangan tersorot kepada sekujur tubuh sudah ditutup selimut.
Perlahan-lahan dia perkenalkan diri.

“Oh! Inilah Rudy yang Huda nak jumpa sangat”.

Nama “RUDY” menjadi asbab ruang bilik yang sepi pada asalnya, pecah dengan esak tangis keluarga terdekat Huda. Dia jadi hiba tak semena-mena.

Menurut Bonda Huda, semua sanak saudara sudah dipanggil berjumpa Huda. Namun Huda macam menanti seseorang. Sampailah Ibu saudaranya bermimpi semalam.

+

Tuhan, kalaulah. Kalaulah semua tulisan dia di blog dari tahun 2000 hingga 2016 dapat menyuguhi semangat Pejuang Kanser seperti Huda untuk mendepani bertahun-tahun kanker-nya. Jadikanlah ia amal bakti, jadi bekal menghadapMu nanti.

“Selamat berangkat ke Negeri Abadi, Huda. Saya tunaikan hasrat Huda. Saya datang jumpa Huda hari ini.”

Tenanglah Huda bersama Almarhum Kekanda Dalilah Raden Galoh, Ghaz, Cik Nana, Dato’ Radin Umar, Dr. Mohd Fauzi M Zein, Adik Khayrul Aiman dan semua pejuang kanker yang telah mendahului kembali ke pangkuan Ilahi.

Alfatihah.

#PrayForHuda
#CancerSurvivor
#GengJurnal dimanakah kalian semua bertebaran?
#BloggerMalaysia
#CAREUPM Care Upm

* Ketika bingkisan ini ditulis, jenazah Almarhum Nurul Huda Abdul Wahab telah selamat dibawa balik dan disemadikan di Kuala Berang sebentar tadi. Bagi pihak keluarga yang menyampaikan pesan kepada saya sebentar tadi, maafkanlah Huda. Maafkan Huda. Maafkan Huda. Ampunkan kesilapannya. Kalau ada yang terhutang segera hubungi keluarganya. Doakan Huda dikurnia wangian Jannah. Beliau pejuang kanser yang kuat dan tabah.

MUNGKIN KARMA

Usai itu. Dia paksa aku pulang.

Bisik ditelinga. Dia menepis dengan ketawa sindir.

Sumpah, aku digeret karma!

Lupakan. Zaman sentap sudah berlalu. Jiwa harus besar. Percaya bahawa esok masih ada cinta. Tidak untuknya. Pasti ada yang lain.

Koma.