Usah pertikai kehebatan penganjuran Maskara-Shorties malam minggu yang lalu. Sampai aku terpaksa bayar ar em dua memakir kereta di sebelah kubur Cina depan Rumah PENA. Melimpah! Maaflah. Aku tidak akan bercerita sangat tentang difilem yang ditayangkan. Banyak sudah blog yang mempromosi tentang itu.
Aku ke sana bawa kerepek bawang dan biskut raya yang berbaki di rumah. Aku bukan makan sangatpun biskut raya ini. Jadi, biarlah aku letak atas meja makanan di Rumah PENA itu. Aku ingat kuih aku tidak laku sebab tidak setanding dengan pop corn tajaan, jagung manis Nida [BACA:Aku banyak melepak melayan Nida yang tekun menyediakan jagung manisnya!] dan mee goreng. Disebabkan program ini program percuma, maka khalayak yang datang begitu ramai. Maka makanan tidak cukup itu jadi kebiasaan. Dah masing-masing khabarnya tak sempat makan malam. Memang aku tersilap jangkaan. Sekejap sahaja aku letak, kuih aku sudah licin! Menyesal bawa sedikit sahaja.
Macam-macam orang ada. Fesyen? Macam-macam. Seksi dan seksa. Hahaha! Tapi niat aku malam itu bukan nak menonton sangat filem pendek yang ditayangkan. Tetapi lebih kepada mahu memanjangkan silaturrahim. Bertemu sahabat-sahabat geng jurnal yang makan tahun juga tidak berjumpa. Kemudian diperkenalkan dengan beberapa produser filem dan muzik. Saling bertukar kad nama. Ada yang aku kenal. Ada yang tidak. Paling aku suka ada seorang produser drama kenal aku melalui lakonan aku dalam teater 2 Jam Sultan Alauddin Syahid Diracun tempohari di UM.
“Ini Saiful mangsa l***t kat teater 2 Jam… kat UM haritu kan?”
“Ini Rudy bluehikari kan yang keluar kat paper gambar tertonggeng dalam teater 2 Jam tu kan?”
Ya. Ya. Aku angguk tersipu malu. Gambar aku tertonggeng dalam Utusan Malaysia bulan lepas membuatkan aku fobia sampai hari ini. Ceh! Yang itu jugak jadi ingatan mereka. Malu seh!
tahniah… dua kombinasi yang baik antara “uniknye insan tidak pelupa” dan “uniknye kuih raya penghujung musim” 🙂
itu boleh jadi gambar terhangat di akhbar kot..ekekeke
TQ sudi melayan dan meneman saya
Angah akan berada di UPM untuk seminggu dari 25 Nov hingga 1 Dis untuk Commissaire Course.. jom lunch?
haha ya aku juga tengok gambar kau di akhbar perdana itu
ops! terima kasih untuk sumbangan kuih muih dan kehadiran ke maskara. datang lagi bulan depan!
oh..tidak heran ko dok nguyah mlm tu.
Kau patut abadikan gambar tonggeng itu sekali lagi dalam blog kau ini Rudi. He he he!
Bukan senang akhbar arus perdana nak menyiarkan gambar orang tertonggeng.
Hebat nich!!! Syabas!! 😀
Hajimemashite, rudy chan!! 😉
walaupun rupa mu mungkin tidak ku kenang, tetapi aksi menonggeng mu tetap tak akan ku lupa. ahaks!
gambar tonggeng tu dah jadi ikon buat para bloggers, t.k:)