DARUL IMAN: AWANG DAN MEK

Berkunjung ke Darul Iman baru-baru ini, aku menginap di sebuah resort yang terletak di tepi pantai. Ini antara kemudahan yang disediakan bagi awang-awang dan mek-mek.

Ironi sekali, “awang” dan “mek” di Malaysia ini amat menyedihkan. Sampai bilalah kita boleh punya “awang” dan “mek” yang bersih dan selesa. Entah mengapa “awang” dan “mek” ini pula menjadi lokasi tegar untuk merokok. Aduhai, hak seorang yang tidak merokok telah dinafikan. (He he he he he). Sikap orang kita ini tidak berubah sejak dahulu lagi. Alahai.

Bantulah Sufi biaya pembedahan dan rawatan jantungnya. Untuk detail, sila klik di sini. Boleh juga membantu dengan war-warkan di blog dan emel kalian melalui banner yang disumbangkan oleh nettbiru di http://bluehikari.com/images/sufi.jpg  

Author: Rudy

Bluehikari lahir pada 1 November 2000. Medium penulisan diasaskan kepada pengalaman hidup Rudy Bluehikari bermula di Fukushima dan seterusnya di kampung halaman; Banting. Pada 2010, Rudy diarahkan bertugas di Jakarta, sebelum kembali semua ke tanahair 3 tahun kemudian. Seiring dengan usia, Rudy sudah kurang aktif di blog dan banyak menulis di ruang peribadinya di muka buku.

15 thoughts on “DARUL IMAN: AWANG DAN MEK

  1. kaktiny says:

    awang & mek.. hmm cute gak.. tapi, kalau ‘mat & minah salleh’ datang dia tahu beza tak?.. takutnya MEK di sangka MAN (3 huruf) and AWANG disangka WOMAN (5 huruf).. kes naya gak tuh..

  2. jowopinter says:

    Kalau ‘awang’ pun bukan ‘mek’ pun bukan? Hahaha!

    Kena buat satu kubikel khas untuk perokok juga nampaknya.

  3. tentangseseorang says:

    hah…masalah biasa masyarakat kita. kalau sampah pun boleh dibuang dari tingkap kereta. tanpa ada malu pula.

  4. Rudy says:

    waris>>> 🙂

    kaktiny>>> sungguhlah kaktiny ni berfikir di luar kotak. baguslah!

    thafiexq>>> kan?

    jp>>> ko nipun sama mcm kaktiny, berfikir di luar kotak. muhahahahaa. 

    syiMa>>> ahahahaah sharing tandas? wowww!

    tentangseseorang>>> yup, dorg ingat dunia ni dorg yang punya…

  5. asuhara says:

    blog ini saya baca dgn kawan2 tadi..then berkira2 kalau kat kelantan kenalah bertukar awang jadi ‘awe’!

    p/s: penang ok.masih mcm dulu..cuma masalah driver bas kami yang buat saya frust tak dapat tunjuk spot2 menarik di sini pada pelajar2 saya.

  6. aeron says:

    comel sungguh bila membuat pendekatan begitu.
    kreativiti resort tersebut untuk membuat pembaharuan.
    bila nak ajak pergi???

  7. kaktiny says:

    tunjuk gambar ‘sign’ tu kat hubby & komen kaktiny – dia kata : alah leen, kan ada gambar tuh..

    k.tiny jawab : mana abang tau mat saleh tahu gambar tu simbol apa?.. buatnya dia ingat gambar AWANG adalah gambar “fesyen” ‘WOMAN’ pakai tudung – kan kat m’sia ni ramai pompuan pakai tudung and gambar MEK tu adalah dia ingat gambar ‘MAN’ coz dia tgk terbalik, cucuk sanggul tu disangka rokok daun dua batang.. hah camner?.

    and as usual – hubby kaktiny xxxxx …. (feveret laki2 kat dunia ni kot.. termasuk rudy kan kan kan.. suka sgt cubit bontot bini..)

  8. Rudy says:

    azuri>>> nanti aku tgk ek.

    kaktiny>>> ahahahah bijakla kaktiny menjawab. hahahah bab cubit totttt tu mmg ya betulllllllllllllllllllllll

Comments are closed.