KECIL BAGI AKU, BESAR UNTUK MEREKA.

Dalam perjalanan pulang ke rumah dari kantor. Pemandu aku dengan jujur memberitahu satu perkara.

Supir:  Pak Rudy, kemarin bapak nitip saya 20 ribu (+-RM8) untuk bayaran parkiran kalo bapak ke mall.

Aku: Ya pak, kenapa sih?

Supir: Isteri saya ambil uang itu mahu dibeli makanan. Tapi saya kata gak usah. Tapi dia gaduhin saya katanya saya mahu sorok uang dalam celana.

Aku: Ya gak papa lah pak.  Pakai aja.

Supir: Saya minta maaf Pak. Saya gak niat untuk guna. Duit makan yang bapak beri 150ribu (Rp30ribu satu hari=+-RM12) satu minggu itu saya guna untuk beri makan anak isteri. Terkadang, anak kepingin makan sate, jadi saya terlebih pakai. Kadang 1 minggu itu gak cukupan pak. Saya minta maaf ya pak, guna 20 ribu itu. Nanti gaji saya bapak potonglah 20 ribu itu.

Aku: Ya Allah bapak. Kan uang itu untuk makan bapak saorang. Kok untuk satu keluarga. 

Supir: Ya pak. Memang untuk uang makan saya. Tapi, hidup di Jakarta ini harus cermat pak. Terus, saya beli lauk makan kami. Maafkan saya ya Pak.

Aku: Ya udahlah. Saya halalkan. Gak papa kok.

Baru aku mengerti. Hidup di Jakarta bukan mudah.  Segala benda mahal belaka. Bagi Pak Rama anak beranak, duit makan (sebahagian gaji tetapi dibayar setiap hari) yang aku beri itu menentukan makan atau tidak 4 beranak itu. MasyaAllah! Kalau begitu sudah kais pagi makan pagi.

Benarlah, mungkin ia kecil bagi kita, tetapi besar bagi mereka. Insaf!

* Gaji pokok pemandu peribadi di Jakarta Rp.600ribu sebulan + duit makan dibayar Rp.30 ribu/hari + kerja lebih masa Rp5000/jam.

Author: Rudy

Bluehikari lahir pada 1 November 2000. Medium penulisan diasaskan kepada pengalaman hidup Rudy Bluehikari bermula di Fukushima dan seterusnya di kampung halaman; Banting. Pada 2010, Rudy diarahkan bertugas di Jakarta, sebelum kembali semua ke tanahair 3 tahun kemudian. Seiring dengan usia, Rudy sudah kurang aktif di blog dan banyak menulis di ruang peribadinya di muka buku.

7 thoughts on “KECIL BAGI AKU, BESAR UNTUK MEREKA.

  1. Pnut says:

    Betul rudi, kekadang insaf juga dengan orang indon, bibik akak dulu, kalau beli ikan bilis belum kopek, kepala ikan bilis tu dia simpan, tanya kenapa?katanya sedap kepala bilis di goreng garing, makan nanti sama sambal belacan, katanya dari kecik itu menu biasa mereka..

    ada sekali tu, najmi bad mood, sebab kat meja makan tak lauk fav dia, dia nak ayam goreng, (akak masak ayam kari) bad mood giler, pastu sayu je bibik cakap ngan dia “abang, kalau tak tempat bibik, dapat makan ikan pun udah mewah bang, bibik syukur kalau dalam satu minggu dapat makan ikan,”

    tp anak-anak malaysia dia insaf kejap je..pastu mula buat perangai balik

  2. warispengiran says:

    kesian pulak mendengar kisah ini. Teringat org gaji indon di rumah kakak dulu. Akan kirim beberapa bahan makanan dari Malaysia ke Indon kerana keluarganya disana tak pernah merasa makanan2 seperti itu akibat harga terlalu mahal.(kari, milo dll)

  3. angah says:

    kita cuma tau erti senang bila pernah merasa susah.

  4. yus says:

    kesiannye…before nih rasa macam da selalu susah…tp rupanye ade lg org len yg lagi susah kan

  5. tentangseseorang says:

    sungguh jujur dan amanah supirmu bang.

Comments are closed.