BETUL DAN SALAH

Kita rasa mungkin kita betul, tetapi mungkin tidak kepada orang lain. Setiap orang ada sudut pandang masing-masing. Betul atau salah, tiada siapa boleh sahkan. Tuhan sahaja yang tahu.

Mungkin betul kita kena pentingkan diri sendiri dahulu. Tetapi mati esok pun, kalau tidak ada orang yang mandikan, kafankan, solatkan dan kuburkan tak boleh juga. Mana mungkin kita kuburkan diri sendiri. Kita masih perlukan orang lain untuk menanam jasad diri kita.

Apapun, kena jaga hati orang sekeliling yang sayang dan cintakan diri kita. Hargai kasih dan cinta mereka sebelum dia hilang daripada hidup kita.