PUTAR WAKTU

Kalaulah boleh waktu diputar menjadi kelmarin. Tak pantas aku untuk mengucapkan kata-kata rahasia itu.

Sudah bubur. Makanya mahu menjadi ia beras kembali, tidak mungkin sama sekali.

Pasrah.

Dr.MMA.

APAKAH

Apakah yang Tuhan sedang rencanakan ini?

Selasa dan Rabu. Dua hari penentuan yang berbeda. Kedua-duanya adalah perjuangan. Tanpa meminta-meminta. Sudah dipanggil pun harus syukur kerna ia boleh dihitung sebagai pencapaian. Terima kasih atas ruang dan peluang. Terima kasih jua atas kepercayaan.

Kalaulah ini dikira sebagai ibadah yang menentukan Sorga di Sana kelak. Aku akur menyahut. Bismillah.

#TSTDB

#TerimaSeadanyaTakdirDilahirkanBegini.

Sampai bila kamu mahu mendengar cakap-cakap orang?
Tak perlu nak sensitif sangat.