PELUANG

Aku pernah berkata dahulu, sekali kau melukakan, aku masih ihsan untuk memberi peluang kedua. Tetapi untuk kedua kalinya dilukakan, aku tak pantas untuk peluang ketiga.

Ya, aku akan hilang daripada hidup kamu selama-lamanya. Titik.

RAMADAN HAMPIR MAMPIR

di tinggi songkok, ada lilitan syahdu
di songket samping, ada tenunan rindu
merah pulasan gandingan putih
menyulam rasa, cinta berputik.

ramadan ya ramadan.

KOTA M

Tak dapat ke Kota M.
Dapat menunjuk jalan ke sana sahaja pun sudah membahagiakan.

Meski diri tak nampak.
Di hatinya doakan aku tampak.

Koma.