MANDI DAN TANGIS

Pernah sahabat aku bertanya, kapan waktu paling enak menangis. Lalu aku bilang, selain tika sujud kepada Tuhan ialah tika di kamar mandi!

Dia seperti kaget. Ya iyalah. Kamar mandi dengan menangis itu apa kaitannya, soalnya. Gampang toh! Buka keran sampai habis. Biar pancuran air jadi deras. Nah! Mandilah di bawah pancuran air nan deras itu dan menangislah sepuas-puas hatimu. Pasti yang sarat di dada turut mengalir deras bersama air tadi.

Cobalah kalau tidak percaya. ROEDY.

NESCAFE PANAS PEMBERIAN

Secangkir nescafe dari sang pemberi. Balasan budi katanya. Saya yang jarang menerima belanja orang, rasa terkesan. Entah kapan agaknya saya pernah berbudi kepada beliau, atau saya sebenarnya sudah akrab dengan usia tua lalu lupa. Dan ketika beliau mengucapkan. Saya segera teringat kisah beliau ketika ditugaskan semula ke kantor ini buat kali ketiga. Benarlah, sepanjang jalan kehidupan (baca:kerjaya), percaya bahawa apresiasi itu penting, setidak-tidaknya mengangkat mereka yang lillahitaála bekerja meskipun bawahan sahaja sifatnya. Bismillah. Saya hirup nescafe panas dalam menghaturkan nuwun kepada Allah.