TANGGAL INI

Jejak kaki awal pagi di Kota Lumpur dari Auckland.
Langsung dari bandara KLIA ke Bukit Ekspo untuk perasmian Pesta Konvokesyen.

Ada mata merenung. Tetapi tidak pasti siapa yang bakal beruntung.

KE RAHMATULLAH

1381488_10151714600108590_295489947_n

Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk turut membantu memandikan, mengkafankan, solatkan dan menyempurnakan pengkebumian Prof. Dato’ Ir. Dr. Radin Umar, mantan Naib Canselor UPM pagi tadi. Terima kasih Allah sebab beri peluang saya berbakti untuk saat akhir kepada bekas ketua saya ketika di Fakulti Kejuruteraan dan ketika di Jabatan Pengajian Tinggi. Alam sangat akrab mendampingi; awan gemawan memayungi dan bayu dingin bertiup lembut mengiringi almarhum berangkat ke negeri Abadi. Alfatihah.

Juga alfatihah buat almarhum ayahanda mertua yang genap setahun kembali ke rahmatullah pada hari ini. Semoga rohnya dicucuri oleh Allah SWT. Juga ingatan buat bonda mertua yang pergi meninggalkan ayahanda 6 bulan terdahulu daripadanya.

NEGERI ABADI

Selamat berangkat ke Negeri Abadi;
Allahyarhamah Ibu kepada sahabatku Hafiz Jalil di Jakarta.
Allahyarham Tuan Arep (ayahanda Shah Ween sahabatku di Jakarta)
Allahyarham Tuan Abdul Ghani (ayahanda Meer sahabatku).
Allahyarham Tuan Azman Ambia (sahabat sepegawaiku).
Allahyarham Tuan Haji A’ni Hamzah (sahabat sepegawaiku).

Dekatnya kematian. Berikan aku Ya Tuhan, keinsafan.
Alfatihah.