July 21st, 2012

PROGRAM MEMBERI KEMUDIAN LUPAKAN VERSI 4.0

Posted in bebas by Rudy

Bismillahirrahman nirrahim.

Program Memberi Kemudian Lupakan.

1. Pantas saya sudah lupa ini tahun ke berapa. Tetapi, saya fikir inilah niat kecil saya yang membayangkan kegembiraan anak-anak dari keluarga miskin dan anak-anak yatim yang dapat berlebaran dengan pakaian baru. Mungkin kalian ada yang lupa; tentang PROGRAM MEMBERI KEMUDIAN LUPAKAN pada tahun lalu http://www.bluehikari.com/nikki/2011/08/06/program-memberi-kemudian-lupakan-1432-hijrah/, tahun sebelum itu (http://www.bluehikari.com/nikki/2010/08/09/program-memberi-kemudian-lupakan/) dan yang sebelum itu (http://www.bluehikari.com/nikki/2009/09/12/seruan-amal-ramadan/).

Alhamdulillah, kita ditemukan lagi dengan Ramadhan 1433 Hijrah pada tahun ini. Seperti mana tahun-tahun sudah, saya berniat untuk meneruskan program ini dengan bantuan Cikgu Shahidan Shuib @ Said (https://www.facebook.com/shahidan.shuib). Sumbangan berbentuk kewangan amat didambakan daripada kalian untuk anak-anak yatim dan miskin ini yang bersekolah di SK Batu Masjid (Kod Sekolah ABA0017), Temoh Perak (sebuah kawasan pedalaman di Perak), tempat di mana Cikgu Shahidan mengajar pada ketika ini.

Untuk makluman kalian, sumbangan ini sebahagiannya akan diberi kepada anak-anak ini untuk berhari raya. Manakala sebahagian lagi akan disimpan oleh Cikgu Shahidan untuk diberi pada penghujung tahun 2012 sebagai persedian anak-anak ini memulakan sesi persekolahan baru tahun 2013.

Bagi sahabat yang berminat menyumbang kewangan, boleh terus ‘bank in’ ke akaun berikut;

Bank: CIMB
No Akaun: 08060001621208
Nama: Shahidan Shuib

Setelah itu sila maklumkan kepada saya di emel jimiwiser(at)yahoo(dot)com.

2. Saya juga memohon sumbangan untuk Program Sahur di Jalanan yang akan digerakkan oleh anak-anak mahasiswa saya di Jakarta. Acara rutin saban tahun ketika ramadhan untuk memberi mereka yang gelandangan sebungkus nasi untuk bersahur. Sila rujuk video klip ini; http://www.youtube.com/watch?v=1eQZTWssRXA.

Bagi sahabat yang berminat untuk menyumbang kewangan, boleh terus ‘bank in’ ke akaun berikut;

Bank: CIMB
No Akaun:12150061906526
Nama: Ludinata Misnun

Setelah itu sila maklumkan kepada saya di emel vicenata2000(at)yahoo(dot)com.

Moga dengan usaha kita yang sedikit ini akan dapat membantu golongan seperti mereka. Saya dengan rendah diri, memohon sumbangan sahabat-sahabat yang pemurah.

Pantas sekali saya teringat kata-kata sahabat saya Irfan Jani; Berbuat baik bukan untuk meminta-minta balasan. Tetapi berbuatlah baik kemudian lupakan.

Memberilah kemudian lupakan.

Both comments and pings are currently closed. RSS 2.0

One comment

  1. ros says:

    Tahniah En Ludinata.

    July 22nd, 2012 at 6:42 am