PROGRAM MEMBERI KEMUDIAN LUPAKAN VERSI 4.0

Bismillahirrahman nirrahim.

Program Memberi Kemudian Lupakan.

1. Pantas saya sudah lupa ini tahun ke berapa. Tetapi, saya fikir inilah niat kecil saya yang membayangkan kegembiraan anak-anak dari keluarga miskin dan anak-anak yatim yang dapat berlebaran dengan pakaian baru. Mungkin kalian ada yang lupa; tentang PROGRAM MEMBERI KEMUDIAN LUPAKAN pada tahun lalu http://www.bluehikari.com/nikki/2011/08/06/program-memberi-kemudian-lupakan-1432-hijrah/, tahun sebelum itu (http://www.bluehikari.com/nikki/2010/08/09/program-memberi-kemudian-lupakan/) dan yang sebelum itu (http://www.bluehikari.com/nikki/2009/09/12/seruan-amal-ramadan/).

Alhamdulillah, kita ditemukan lagi dengan Ramadhan 1433 Hijrah pada tahun ini. Seperti mana tahun-tahun sudah, saya berniat untuk meneruskan program ini dengan bantuan Cikgu Shahidan Shuib @ Said (https://www.facebook.com/shahidan.shuib). Sumbangan berbentuk kewangan amat didambakan daripada kalian untuk anak-anak yatim dan miskin ini yang bersekolah di SK Batu Masjid (Kod Sekolah ABA0017), Temoh Perak (sebuah kawasan pedalaman di Perak), tempat di mana Cikgu Shahidan mengajar pada ketika ini.

Untuk makluman kalian, sumbangan ini sebahagiannya akan diberi kepada anak-anak ini untuk berhari raya. Manakala sebahagian lagi akan disimpan oleh Cikgu Shahidan untuk diberi pada penghujung tahun 2012 sebagai persedian anak-anak ini memulakan sesi persekolahan baru tahun 2013.

Bagi sahabat yang berminat menyumbang kewangan, boleh terus ‘bank in’ ke akaun berikut;

Bank: CIMB
No Akaun: 08060001621208
Nama: Shahidan Shuib

Setelah itu sila maklumkan kepada saya di emel jimiwiser(at)yahoo(dot)com.

2. Saya juga memohon sumbangan untuk Program Sahur di Jalanan yang akan digerakkan oleh anak-anak mahasiswa saya di Jakarta. Acara rutin saban tahun ketika ramadhan untuk memberi mereka yang gelandangan sebungkus nasi untuk bersahur. Sila rujuk video klip ini; http://www.youtube.com/watch?v=1eQZTWssRXA.

Bagi sahabat yang berminat untuk menyumbang kewangan, boleh terus ‘bank in’ ke akaun berikut;

Bank: CIMB
No Akaun:12150061906526
Nama: Ludinata Misnun

Setelah itu sila maklumkan kepada saya di emel vicenata2000(at)yahoo(dot)com.

Moga dengan usaha kita yang sedikit ini akan dapat membantu golongan seperti mereka. Saya dengan rendah diri, memohon sumbangan sahabat-sahabat yang pemurah.

Pantas sekali saya teringat kata-kata sahabat saya Irfan Jani; Berbuat baik bukan untuk meminta-minta balasan. Tetapi berbuatlah baik kemudian lupakan.

Memberilah kemudian lupakan.

PANTUN KEK KEJU PERISA MANGGA

::L::
Kain Sunda tenunan sunti
mengerlip baju rasa nan bangga
teringin kanda sungguhan hati
mencicip kek keju lelehan mangga

::F::
Sudahlah mari idaman puteri,
teman berdua tuju ke kota,
pohonlah suri rajinkan diri,
buatkan kanda bagai dipinta

::L::
Ikan duri disalai kering
di dapur nenda letak bertanda
buatan suri disantap sering
sesekali adinda buatkanlah kanda.

::F::
Jangan mastuli carik carikkan,
jika belum berganti baru,
hidangan ini org buatkan,
adinda belum tamat berguru

::L::
Berdagang lada ke Kota Bharu,
Berangkat berlima putera nan sasa,
ayuh adinda deras berguru,
kanda pertama nak santap rasa.

::F::
Indah merdu melagu syair,
Bermadah seloka anak didikan,
pulanglah dulu ke tanah air,
barulah dinda sudi buatkan

::L::
Mawar berduri dalam jambangan,
gubahan puteri tinggi menjulang,
janji terpatri dimungkir jangan,
Disember nanti kanda kan pulang.

::F::
Tampi tampikan padi di bendang,
Lerailah isi timbang berkati,
Sudi sudikan datang bertandang,
Ke daerah ini dinda menanti.

MPN

Pagi yang hening di Kota Jakarta. Bantu sahabat mengurus program akademik Majlis Profesor Negara. Ilmu diplomasi yang sedikit, diolah supaya hasilnya berdampak baik untuk dua negara. Moga hubungan yang akrab antara Profesor dan Guru Besar (BACA: Bahasa Indonesia bagi Profesor) di IPT dua negara bisa membantu mempererat hubungan yang sering pasang-surut sifatnya.

Iya, atas nama akademik.

Penat di Bali masih belum hilang. Tetapi, kita harus terus melayah terbang seperti helang.