JUNI BUKAN TUNGGAL
“Eh! Bukan muka kau keluarlah kali ni! Kau di mana?”, Mesej ringkas dari teman-teman bertalu-talu masuk meriba ke telefon bimbit beri hitam dari pelbagai media.
Juni bukan tunggal cereka gembira. Terpanggil menulis lagi. Rusuhan berlaku di hadapan bangunan Malaysia Hall Jakarta memang menjengkelkan. Menjadikan Jumaat, Sabtu dan esok, hari minggu menjadi sibuk dengan itu dan ini.
Tetapi kali ini, bahu agak sedikit ringan. Ketua jabatan yang baru sudah ada. EO juga sudah ada. Makanya, gotong-royong bersama-sama menghadapi isu ini. Saya gembira dapat melaksanakan tugas pemangkuan selama 8 bulan. Alhamdulillah. Kini saya balik semula menjadi orang nombor dua. Itu lebih saya suka. Kerja di belakang tabir dan buat yang terbaik untuk agama dan negara.
Minta maaf sahabat wartawan dari Malaysia. Saya tak bisa memberi komen seperti biasa. Boss baru sudah ada. Beliaulah yang paling berhak untuk memberi komentar apa saja.
Kerna tortor dan gondang sembilan, hujung minggu kami semua punah berantakan. Dan sampai bila ia agaknya?
+++++
Rusuhan satu cereka. Waktu yang sama di Sabtu yang hening, gegar gempa 6.6 SR di Sumatera Utara. Satu persatu Tuhan duga dan uji Indonesia ini. Tenang-tenang saja. Hubungi ketua-ketua pelajar di dua kawasan limpahan duga. Alhamdulillah mereka di Medan dan Aceh selamat semuanya. Meski ada yang bercempera lari keluar dari dewan peperiksaan dengarnya.
Tulis laporan dan terus hantar kepada Ketua Jabatan untuk semakan dan pembetulan. Setelah itu, hantar ke HQ di Kuala Lumpur dan teman-teman wartawan. Selesai Sabtu dengan tambahan sibuk yang tak terjangka.
Aku tahu, Tuhan limpahi kami dengan duga dan uji. Untuk percaya diri. Kita kuat mendepani.
Syukran.

