SAKIT

Flu. Selsema dan batuk. Pergilah kau makhluk Tuhan dari menyelimuti aku sekeluarga.

Sembuhkan kami Ya Rabb.

SATU LAGI PENGALAMAN

1. Saya dimaklumkan masalah seorang pelajar yang sakit akut hingga perlu bantuan pernafasan oksigen 3 hari yang lalu. Pelajar meminta bantuan saya untuk menghubungi syarikat penerbangan MAS supaya dapat dia pulang dan mendapatkan rawatan di hospital Malaysia kerana keluarganya tidak mampu berubat di rumah sakit di Bandung yang biayanya sangat mahal. Sebelum itu mereka bercadang untuk pulang melalui Bandung ke Kuala Lumpur dengan pesawat Airasia, tetapi syarikat berkenaan menolak pesakit untuk terbang atas alasan tiada kelengkapan khas bagi tujuan tersebut.

2. Saya memahami (berdasarkan pengalaman ketika bertugas dengan syarikat penerbangan pada suatu ketika dahulu), untuk membawa pesakit pulang dengan pesawat mempunyai risiko yang besar. Apatahlagi, pesakit perlu oksigen yang mencukupi dan diiringi dengan seorang doktor.

3. Doktor di Bandung memberitahu pesakit memerlukan oksigen sebanyak 10 lpm. Pihak MAS pula memberitahu mereka kehabisan stok oksigen tersebut dan hanya mempunyai stok oksigen 2 lpm dan 7 lpm sahaja. Ia mengambil masa 5 – 7 hari untuk pesakit menunggu bagi stok yang dikehendaki sedangkan pesakit sudah tidak boleh menanti kerana beliau sudah akut/kronik.

4. Saya meminta jasa baik hospital supaya doktor menurunkan kadar oksigen pesakit kepada 7 lpm jika boleh. Alhamdulillah, magis Tuhan, pesakit boleh toleran dengan kadar oksigen berkenaan. Bermulalah urusan membawa pulang pelajar berkenaan dengan diiringi doktor yang juga merupakan sahabat pelajar sendiri.

5. Pihak MAS Jakarta mendapat kelulusan dari Kuala Lumpur pada jam 1100 hrs hari. Pesawat yang telah dilengkapi gas oksigen khas 7 lpm terbang ke Jakarta dan tiba di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta jam 1500 hrs. Pesakit pula dikejarkan ke lapangan terbang dari sebuah hospital di Bandung pada jam 1230 hrs kerana kesukaran mendapatkan ambulan. Pihak agen yang membawa masuk pelajar menguruskan perjalanan pelajar dari Bandung ke Jakarta.

6. Oleh kerana, lusa Indonesia akan bercuti umum kerana menyambut Hari Raya Nyepi (bagi penganut hindu di Bali), jalan ke lapangan terbang sangat sesak. Pelajar harus menaiki pesawat pada jam 1515 hrs kerana waktu berangkat ialah 1545 hrs ke Kuala Lumpur. Kesesakan lalu lintas menyebakan pelajar hanya tiba pada jam 1545 hrs. Saya merayu kepada Stesen Manager MAS Jakarta untuk memberi peluang pelajar ini pulang dengan pesawat yang sama. Kebijaksanaan beliau, akhirnya memberikan pelajar ini dapat masuk mendaftar ke kaunter Check-In dengan bantuan staf MAS Jakarta, staf Imigrasi Indonesia dan staf Lapangan Terbang.

7. Kami menyorong pesakit dengan tabung gas oksigen ke Gate C dan alhamdulillah, pesakit selamat menaiki pesawat dengan kelewatan 30 minit. Bagi pihak pesakit, saya memohon maaf kepada seluruh penumpang MH720 CGK-KUL ETD 1545 hrs kerana mungkin menggangu jadual perjalanan mereka.

8. Pelajar selamat tiba di KLIA dan ambulan telah sedia menanti. Pelajar seterusnya dikejarkan ke hospital. Di KLIA juga pelajar disambut oleh keluarga dan pegawai dari Kementerian Pengajian Tinggi yang setia menanti dari awal.

9. Terima kasih Tuhan, atas pertolongan dan magisMU.

10. Saya tiba di rumah jam 1945 (pelajar telah selamat samai di KLIA 1 jam terdahulu dari saya) kerana kesesakan lalulintas yang buruk dari Lapangan Terbang Soekarno-Hatta. Penat tetapi saya puas menolong.