SIBOLANGIT MEMINTA NYAWA

Ahad sekitar jam 8 malam dapat BBM, seorang pelajar Malaysia mati lemas di Air Terjun Telaga Dua Warna Sibolangit, Brastagi Medan. Pelajar berbangsa India ini diduga tewas kerana ditarik arus pusar di dasar air terjun yang jatuh dari paras yang agak tinggi.

Isnin pagi segera bergegas ke Medan dan membantu menguruskan jenazah beliau dibawa pulang ke KLIA dengan bantuan Konsul Jeneral Malaysia di Medan. Ini kes kematian pelajar ke 5 yang aku urus sepanjang bertugas di Indonesia.

Moga-moga tiada lagi kes kematian seperti ini lagi. Sewaktu musim tengkujuh ini, jauhilah pantai dan sungai. Nasihat yang sering aku beri kepada mahasiswa. Tetapi, entah mengapa nasihat itu bagai hilang dibawa deru bayu.

GEMPA ACEH

Gempa. Bercempera makhluk berlari selamat diri ke bumi tinggi. Tujuh perpuluhan satu yang dahsyat. Aceh diduga Tuhan, tetap utuh ia berdiri hebat.