LIMA A DIK NA

Kalau mereka yang mengikuti bluehikari sejak di awal catatannya, pasti kenal dengan sosok bernama Dik Na. Aku sudah lupa entri tahun bila.

Ya Dik Na yang meraih Lima A. Tahniah Dik Na. Sudah 12 tahun kamu hadir dalam keluarga kami. Dan kamu hadiahkan kami Lima A dalam peperiksaan UPSR. Moga Allah SWT menganugerahi kamu dengan kejayaan demi kejayaan pada masa mendatang.

Mahu hadiah apa?

DUGAAN LAGI

Ada beberapa rakan mendesak aku menulis kisah di belakang tabir pengalaman aku mengurus jenazah pelajar Malaysia mati dibunuh di Malang Indonesia. Ya, aku baru menjejak kaki ke bumi Batavia, dari menghantar pulang jenazah ke pangkuan keluarganya di Klang Selangor.

Satu lagi siri pengalaman mahal yang aku depani ketika bertugas di sini. Sebelum setiap inci memori itu luput dari kepala, lebih baik aku mula menulis memoir kenangan tersebut. Tapi bukan sekarang. Kerana aku masih keletihan kerana kurang tidur dan rehat. Berikan sedikit ruang waktu ya.

SALAM LEBARAN AIDIL ADHA DARI KOTA BATAVIA


foto ihsan: http://ahamsyah.files.wordpress.com

Tika mendekati Aidil Adha, hanya di Indonesia aku bisa melihat kambing naik motor, beca atau basikal. Kalau di Malaysia lembu naik lori itu biasa. Tapi kalau lembu naik kereta bagaimana pula?

Walau apapun sambutannya, Aidil Adha disambut meriah di seluruh dunia. Kalau tahun lalu, sempat berlebaran di Banting (kerana tak sempat nak tiket pesawat ke Kota Bharu – Suri berpantang di sana melahirkan Cik Puteh), tahun ini aku sekeluarga berlebaran Aidil Adha di Kota Batavia sahaja. Alhamdulillah tahun ini murah rezeki untuk aqiqahkan Cik Puteh. Moga ia diterima Allah SWT.

Salam Aidil Adha daripada kami di Kota Batavia.
Moga pengorbanan bertugas di luar negara ini dikira Allah SWT sebagai bekal amal ibadahku di Sana kelak.

Allahuakbar Allahuakbar Walillah ilham.