CERITA IKAN

Aku tutup bulan Bahasa Kebangsaan Malaysia (baca: tak mendapat sambutan rakyat Malaysia) di bulan Oktober yang maha sibuk ini dengan puisi yang terbit di Berita Minggu 30 Oktober 2011. Terima Kasih kepada akhbar Berita Minggu yang sudi menyiarkan puisi tersebut. Juga kepada Cikgu Raihani Mohd Said yang tak jemu-jemu memberi tunjuk ajar dan membantu saya.

CERITA IKAN

Lalu berenanglah kawanan ikan ke serata air bermukim diam
bertelur membenih ribuan anak
membesarlah ia dengan kasih Tuhan
memakan rezeki di perut lautan
sampai satu waktu matanglah ia
dijaring manusia.

Ikan-ikan di samudera luas
menongkah arus tanpa erti batas
manusia pula menggaris laut menjadi negeri
saling mengacu senjata
mendakwa curi ikan milik sendiri

Kalaulah ikan boleh berkata
pasti tawa menyindir kita;
kami ini tiada warganegara!

Rudy Bluehikari
Jakarta 14062011

KAMERA

Adalah satu kesilapan besar apabila keluar bertugas di luar kota tanpa membawa kamera di tangan.

Maka, momen momen indah hanya terakam di minda.

Sawadeekap.