August 6th, 2011

PROGRAM MEMBERI KEMUDIAN LUPAKAN 1432 HIJRAH

Posted in bebas by Rudy

giving-to-charity2

Saya sudah lupa ini tahun ke berapa. Tetapi, saya senantiasa membayangkan kegembiraan anak-anak dari keluarga miskin dan anak-anak yatim yang dapat berlebaran dengan pakaian baru. Mungkin kalian ada yang lupa; tentang PROGRAM MEMBERI KEMUDIAN LUPAKAN pada tahun lalu dan itu.

Alhamdulillah, kita ditemukan lagi dengan Ramadhan 1432 Hijrah pada tahun ini. Seperti mana tahun-tahun sudah, saya berniat untuk meneruskan program ini dengan bantuan Cikgu Shahidan Shuib @ Said. Sumbangan berbentuk kewangan amat didambakan daripada kalian untuk anak-anak ini yang bersekolah di SK Batu Masjid (Kod Sekolah ABA0017), Temoh Perak (sebuah kawasan pedalaman di Perak), tempat di mana Cikgu Shahidan mengajar pada ketika ini.

Untuk makluman kalian, sumbangan ini sebahagiannya akan diberi kepada anak-anak ini untuk berhari raya. Manakala sebahagian lagi akan disimpan oleh Cikgu Shahidan untuk diberi pada penghujung tahun 2011 sebagai persedian anak-anak ini memulakan sesi persekolahan baru tahun 2012.

Bagi sahabat-sahabat yang berminat menyumbang kewangan, boleh terus ‘bank in’ ke akaun seperti berikut;

Bank: CIMB
No Akaun: 08060001621208
Nama: Shahidan Shuib

Setelah itu sila maklumkan kepada saya di emel vicenata2000(at)yahoo(dot)com. Moga dengan usaha kita yang sedikit ini akan dapat membantu golongan seperti mereka. Saya dengan rendah diri, memohon sumbangan sahabat-sahabat yang pemurah.

Memberilah. Kemudian lupakan.

Both comments and pings are currently closed. RSS 2.0

3 comments

  1. Salwa says:

    Mohon izin dipanjangan di FB. Bila tarikh akhir menghulur sumbangan?

    August 6th, 2011 at 1:04 am

  2. PapaHanan says:

    Alhamdulillah dan tahniah kerana En.Ludi terus istiqamah memperjuangkan dan meneruskan Program ini.

    August 6th, 2011 at 6:50 am

  3. azrinna says:

    En. Rudy,
    Tarikh akhirnya bila?

    August 10th, 2011 at 3:46 pm