PARAM: LOKASI YANG DILUPAKAN

Pasar Ramadhan (PARAM)? Sila lupakan. Ini tahun kedua saya aman dari giur lambaian PARAM. Ini kerana budaya PARAM di Jakarta (BACA: Indonesia) sememangnya tiada. Tiada PARAM seperti di Malaysia. Sehingga ada stesen televisyen mereka membuat dokumentari tentang budaya PARAM di Malaysia. Ini mungkin rentetan dari PARAM dalam siri terkenal Upin & Ipin.

Ada juga teman-teman menyarankan agar aku singgah membeli kuih-muih atau makanan berbuka puasa di satu pasar makanan di Benhil. Pasar ala PARAM ini memang terkenal dengan jualan kuih-muih asli Indonesia. Tetapi pendedahan demi pendedahan dalam dokumentari lokal di media massa Indonesia mengenai penipuan penjual makanan tempatan, menebalkan lagi semangat untuk tidak ke PARAM.

Dalam dokumentari yang ditayangkan di televisyen tempatan, ada penjual yang menipu demi mendapatkan keuntungan berlipat ganda. Mereka meletakkan pewarna kain supaya kuih yang dijual nampak lebih cantik warnanya dan lebih tahan lama. Itu belum lagi dengan mencampurkan bahan-bahan kimia lain yang boleh mengakibatkan keracunan dan kematian.

Alhamdulillah hari ini sudah 24 Ramadan. Selama itu, aku masih aman dari giur lambaian PARAM.

+++

Hari ini berakhirlah kutipan wang program Memberilah Kemudian Lupakan. Jumlah wang yang terkumpul ialah sebanyak RM1500.00. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua penyumbang yang sudi berbagi-bagi sebahagian rejeki kepada anak-anak yang kurang bernasib baik di SK Batu Masjid (Kod Sekolah ABA0017), Temoh Perak (sebuah kawasan pedalaman di Perak). Sebahagian dari sumbangan berkenaan akan digunakan untuk persediaan persekolahan mereka di penggal baru tahun 2012.

KAMI LAKUKAN INI

Kami lakukan ini kerana mencari keredhaan DIA, Alkhaliq. *Klik*

+++

PROGRAM MEMBERI KEMUDIAN LUPAKAN

Sudikah kalian menyumbang kepada murid-murid miskin dan yatim piatu di sekolah di SK Batu Masjid (Kod Sekolah ABA0017), Temoh Perak (sebuah kawasan pedalaman di Perak), tempat di mana Cikgu Shahidan mengajar pada ketika ini.

Untuk makluman kalian, sumbangan ini sebahagiannya akan diberi kepada anak-anak ini untuk berhari raya. Manakala sebahagian lagi akan disimpan oleh Cikgu Shahidan untuk diberi pada penghujung tahun 2011 sebagai persedian anak-anak ini memulakan sesi persekolahan baru tahun 2012.

Bagi sahabat-sahabat yang berminat menyumbang kewangan, boleh terus ‘bank in’ ke akaun seperti berikut;

Bank: CIMB
No Akaun: 08060001621208
Nama: Shahidan Shuib

Setelah itu sila maklumkan kepada saya di emel vicenata2000(at)yahoo(dot)com. Moga dengan usaha kita yang sedikit ini akan dapat membantu golongan seperti mereka. Saya dengan rendah diri, memohon sumbangan sahabat-sahabat yang pemurah.

Memberilah. Kemudian lupakan.

RAMADHAN DI JAKARTA

Satu perkara yang  sukar untuk dilihat di Malaysia ialah apabila melihat orang Melayu boleh makan secara berleluasa di siang Ramadhan. Ini kerana di Malaysia, Melayu itu Islam. Islam itu Melayu (BACA: Tidak menafikan ada kaum lain yang memeluk Islam di Malaysia).

Tetapi di Indonesia, tidak semua bangsa Indonesia itu beragama Islam. Aku pernah bertemu seorang teman orang Jawa yang bukan beragama Islam. Bangsa sawo matang di Indonesia tidak semestinya Islam. Itu normal dan biasa di sini.

Ironinya, apabila aku terkejut dan rasa janggal apabila melihat orang-orang berkulit sawo matang seperti kita ini makan di siang hari pada bulan Ramadhan. Mereka pula bebas makan di siang hari dan sudah tentu sukar sekali badan-badan agama Islam di sini (jika ada) membuat aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan. Tidak seperti Malaysia.

Malah ketika aku terkejut  melihat wanita bertudung makan secara aman di waktu siang Ramadhan di restoran secara terbuka, teman bangsa Indonesia aku akan mengatakan itu adalah normal. Menurut teman aku, mungkin ketika itu wanita berkenaan di luar kewajipan berpuasanya, sedang musafir atau dia sendiri bukan muslim. Ada juga wanita bukan Islam di Indonesia yang bertudung atas sebab fesyen.

Oh! Itu di bulan Ramadhan. Belum hari-hari biasa di luar Ramadhan, seperti waktu solat Jumaat. Sangat sukar mengenalpasti lelaki Muslim di Indonesia. Kalian, janganlah cepat buruk sangka jika terlihat adanya lelaki-lelaki mirip kulit kita berkeliaran di restoran dan pusat membeli belah ketika waktu khutbah dibacakan. Belum tentu mereka muslim.

Inilah Indonesia yang unik.

++++