Archive for February, 2011

February 24th, 2011

FEBRUARI

Posted in bebas by Rudy

Februari ialah bulan terbang di langit. Bulan meraih banyak pengalaman di laman orang. Bulan menginsafi setiap peristiwa aturan Tuhan.

 Februari ialah bulan pundakku dibebani galas tanggungjawab. Ya, beratnya itu bakal ditanyai Sang Maha Segala kelak di Sana untuk kujawab.

Februari ialah bulan kesihatan merudum. Tiga minggu dengan selsema, batuk dan panas badan menghukum. Ya, sekurang-kurang itu kifarah pada dosa-dosa kecil yang bertumpuk di nafas hidup, terhapus belum.

Februari ialah ingatan bulan kelahiran. Pada ayahanda dan anakanda-anakanda sekalian. Moga kesihatan senantiasa milik kalian. 

Februari ialah bulan pertemuan. Dan kepada frangipani aku tertawan.

February 17th, 2011

JANGAN BERTANYA

Posted in bebas by Rudy

hujanrudy-copy

jangan bertanya kepada hujan
mengapa hari ini deras.

February 15th, 2011

OPS PIRAMID: DIALOG ll

Posted in bebas by Rudy

Mak: Hello. Assalamualaikum. Saya Mama kepada pelajar nama XYZ.

Ofiser: Ya Puan apa yang boleh saya bantu.

Mak: Saya dapat tahu anak saya akan transit di Jakarta dari Jeddah sebelum balik ke KL. Saya bimbanglah Encik. Sejak 1230 malam tadi waktu Jeddah, sampai sekarang saya tak boleh hubungi dia lagi. Saya bimbanglah.

Ofiser: Puan, menurut hemat saya, anak Puan masih berada dalam pesawat dan dijangka akan sampai di Jakarta jam 1.35 petang waktu Jakarta. Mungkin Puan tersilap perkiraan kerana waktu tempatan di Jeddah, Kuala Lumpur dan Jakarta adalah berbeza. Sebagai contoh waktu 7.30 pagi waktu Jakarta ialah 3.30 pagi waktu Jeddah dan 8.30 pagi waktu Malaysia.

Mak: Oh begitu.

Ofiser: Saya harap Puan bersabar. InsyaAllah kita akan jaga kebajikan dan keselamatan anak Puan. Kita akan pastikan mereka menghubungi ibubapa sejurus selepas mereka tiba dan memaklumkan waktu berangkat mereka selepas masing-masing mendapat boarding pass pesawat ke Kuala Lumpur.