PUJA BULAN PULAU DEWATA

canang_sari

* Canang sari

Dalam renyai hujan di rembang maghrib. Ada Ibu-ibu berderetan berjalan kaki sambil memegang payung dan membawa canang sari.

Malam ini bulan mengambang penuh. Mereka berpas-pasan menuju Pura untuk sembahyang. Malam itu dipenuhi upacara puja Tuhan kepercayaan mereka.

Puja mantera meruap ke seluruh angkasa Pulau Dewata. Dan aku hilang aman kerna sakit kepala yang datang tiba-tiba. Cepatlah siang. Aku mahu segera pulang ke Tanah Jawa.

ZAHRA

Kenapa kamu beri dia nama Zahra? Adakah kerna maknanya ‘bunga’. ‘Bunga’ yang sinonim dengan harum baunya.

‘Zahra’ pilihan aku kerna cinta aku kepada Ahlul Bait; Saiyidatina Fatimah-Azzahra. Anakanda Rasulullah SAW. Bonda kepada Hussien AS yang terbunuh di Karbala. [Fatimah juga nama nenda sebelah ibu aku].

Aku berdoa ‘Zahra’ yang kugabungkan dengan ‘kekuatan’ dalam bahasa Arab┬ádan ‘perjalanan/langkah’ dalam┬ábahasa Jepun menjadi srikandi yang bisa menyatukan umat Islam pelbagai aliran suatu hari nanti dalam apa jua lapangan.

Allahumma solli ‘ala Muhammad. Wa’ala alihi Saiyidina Muhammad.