August 29th, 2010

KETAWA

Posted in indonesia by Rudy

Ketika beratur mengambil makanan di majlis berbuka puasa meraikan perpisahan Timbalan Perwakilan (Timbalan Duta) Malaysia yang akan bertugas di Kuala Lumpur semula, di hotel Shangrila minggu lalu, TYT Datuk Duta Besar Malaysia berseloroh dengan aku.

“Tahniah, kelahiran anak kedua. Perempuan ya. Senanglah nak ingat tarikh ulang tahun anak”, TYT.

“Terima Kasih Dato’. Tapi kenapa senang nak ingat?”, Aku.

“Senang nak ingat sebab tengah kemuncak isu Malaysia-Indonesia sekarang ini. Terutamanya insiden baling najis. “, TYT ketawa.

Aku dan semua diplomat kedutaan yang bersama-sama beratur mengambil makanan ketawa besar.

Sumbangan untuk Program “Memberilah Kemudian Lupakan” setakat 17 Ogos 2010 ialah sebanyak RM1750.00. Terima Kasih kepada para dermawan. Jazakallah.

Both comments and pings are currently closed. RSS 2.0

2 comments

  1. sil says:

    TYT tu saja nak ceriakan suasana, biar tak terasa bahang isu tu. biar anak en.rudy melakar sejarahnya sendiri suatu masa nanti. amiiin

    August 30th, 2010 at 10:56 am

  2. ryann says:

    tahniah

    September 2nd, 2010 at 3:42 am