INSIDEN

Semalam ada demonstrasi oleh kumpulan rakyat Indonesia yang menggelarkan diri mereka Tentera Merah Putih. Penuh pintu masuk utama Kedutaan dengan kumpulan ini. Jalan yang menempatkan kantor kami dipenuhi manusia-manusia ini, akibatnya kesesakan lalulintas yang teruk berlaku.
Pihak Polis RI berkubu di pagar Kedutaan. Tetapi, ada beberapa kumpulan ini dapat memanjat pagar kedutaan dan naik ke bumbung Pondok Keselamatan. Mereka mencacakkan bendera Indonesia di atas bumbung Pondok Keselamatan.
Mereka melaung-laungkan perkataan yang mengguris perasaan. Usir, ganyang dan pelbagai perkataan tidak enak didengar keluar dari mulut mereka ini. Malah azan Asar yang berkumandang di Masjid kedutaan pun tidak diendahkan. Sepertinya mereka tidak mengendahkan kesucian bulan Ramadhan yang mulia.

Isunya insiden 7 nelayan Malaysia yang didakwa mencuri ikan di perairan RI di Batam. Dan pada masa yang sama pihak Polis Malaysia menahan 3 pegawai kementerian Perikanan dan Kelautan RI yang bertugas menahan 7 nelayan terbabit kerana mereka juga didakwa berada di perairan Malaysia pada ketika itu. Isu pertindihan sempadan maritim ini memang senantiasa menjadi momokan dalam hubungan dua hala negara. Malah, media Indonesia yang memainkan peranan dengan berita yang berat sebelah juga menambah buruk keadaan.
Lewat petang baru dapat keluar dari kedutaan pulang ke rumah. Itupun terpaksa melalui kawalan ketat keselamatan dan keluar mengikut pintu khas.
Aku harap dengan kebijaksanaan pemimpin kedua-dua buah negara, perkara ini dapat diselesaikan dengan segera. Moga hubungan kedua-dua negara dapat dieratkan kembali, mengambil semangat bulan Ramadhan yang mulia dan sempena Hari Ulangtahun Republik Indonesia ke 65, hari ini.
Sumbangan untuk Program “Memberilah Kemudian Lupakan” setakat 17 Ogos 2010 ialah sebanyak RM950.00. Terima Kasih kepada para dermawan. Jazakallah.



Kak zira says:
rudy email akak aziraa@tnb.com.my.
thanks
August 17th, 2010 at 11:22 am
LitT|e^m3 says:
terima kasih atas berita terkini.. tahulah kami apa sebenarnya berlaku. mudah2an dilindungi Allah hendaknya semua rakyat Malaysia di sana.
August 17th, 2010 at 1:37 pm
warispengiran says:
Rudy-san, jaga diri. Semoga segalanya selamat dan dapat diselesai sebaik yg mungkin. Dari tanah air mendoa sentiasa.
August 17th, 2010 at 2:06 pm
Rashdan says:
Salam 165 saudara ku di seberang . Muga kalian senantiasa di lindungi Allah SWT . Muga hubungan serumpun ini tidak terpecah belahkan . Amin .
August 18th, 2010 at 3:59 am
naimisa says:
Tentu suatu yang mendebarkan.
Dahsyat betul mereka ni…
August 21st, 2010 at 12:34 am
fita says:
Assallamualaikum,
Saya alumni ESQ angkatan-81 Jakarta. Saya adalah warga negara Indonesia yang juga salah seorang pelajar di OUM, Malaysia. Pada tgl 18ogos saya sedang berada di Kedutaan Besar Malaysia untuk melaksanakan final examnination.
Hari itu saya memang melihat adanya demonstrasi di depan Kedutaan Malaysia, walaupun tak seramai tanggal 16ogos. Saya sangat prihatin dengan hal ini, semoga hubungan antara kedua negara secepatnya dapat erat kembali.
Salam 165
August 21st, 2010 at 3:06 pm