HARGA BARANG
“Ternyata harga kebutuhan pokok (asas) di Malaysia jauh lebih murah dibandingkan di Indonesia. Cabai merah per kg cuma 1 ringgit atau sekitar 3 ribu rupiah, beras berkualitas baik sekitar 5 ribu rupiah per kg. Sepertinya, Pemerintah Indonesia harus belajar banyak dari Pemerintah Malaysia dalam mengendalikan harga. Jangan cuaca buruk terus yang persalahkan karena soal cuaca bisa di prediksi.”
Itu kata temanku Haris Piliang , pembaca berita TVRI lewat perbualan kami. Ironi sekali, ketika pulang dari Plaza Semanggi ke rumah malam semalam aku sempat berbual dengan supir (pemandu) teksi. Dia mengeluh harga barang makanan mentah seperti sayur-sayuran, beras dan lain-lain lagi yang naik harga. Dia mengimpikan zaman Suharto kembali semula kerana rakyat marhaein tidak mengeluh soal kenaikan harga barang makan. Dia tidak kisah kalau Suharto itu diktator, korupsi atau kronisme. Yang dia mahukan ialah rakyat banyak mudah cari makan dan harga makan barang tidak mahal. Zaman Megawati dan Bambang Yudhiyono menjadi presiden amat perit bagi mereka. Rakyat banyak terutamanya yang bekerja kasar amat payah sekali untuk hidup. Kais pagi makan pagi, kasi petang makan petang. Itu belum biaya yuran anak sekolah yang mencecah 1juta rupiah setiap kali musim sekolah bermula.
Pernah sahabat-sahabat di Malaysia dengan sinis dan seakan-akan tidak percaya mengatakan saya bohong. Ya, bagi kalian yang sering bertandang ke Indonesia untuk libur dan membeli belah pakaian dan aksesori badan, harga barang-barang seperti itu memang murah. tetapi tidak bagi harga makanan.
Saya terdiam dan ini bukan kali pertama saya mendengar supir teksi bercakap tentang hal ini. Saya sendiri cukup terasa apabila memulakan hidup di Kota Jakarta 3 bulan yang lalu. Sememangnya harga beras, sayur, tepung, gula dan barang-barang keperluan harian lain amat mahal di Kota Jakarta.
Sekurang-kurangnya saya harus bersyukur. Dalam keadaan harga barang, petrol dan lain-lainnya semakin naik di Malaysia, ia masih lebih murah berbanding harga di Jakarta. Saya berharap kerajaan Malaaysia terus menjaga kebajikan rakyatnya dengan lebih baik.
Moga-moga kemakmuran yang ada, dikongsi rakyat yang benar-benar membutuhkan pertolongan pemimpin bijaksana untuk mengemudi negara.
* harga Ruppiah semakin tinggi. Kalau dahulu USD1 bersamaan dengan Rp12,000. Tetapi sore semalam, 1USD bersamaan Rp8985. Aduh! rugi banyak.


pnut says:
rudi..akak dah bank duit rudi.. akak ada sms, tp tak balas, rudi check ek..
anyway thanks agaian..
ada cikgu dah tayang kat sekolah, ada anak-anak murid yang menangis tengok citer ni..
berbaloi usaha kita..
July 30th, 2010 at 4:13 pm
najmi says:
hurm… tak sangka kat indonesia macam tu sekali keadaan ekonomi diorg. situasi ekonomi tu seluruh indonesia ker abg rudy? ataupun sebab kat kawasan bandar?
July 30th, 2010 at 4:28 pm
k.a says:
sbb tu student tak henti minta kenaikan elaun
July 30th, 2010 at 8:35 pm
Jurnal Hidup says:
Nice post…menarik sekali untuk dibaca ^_^
Ditunggu kunjungan balasannya ke blog saya:
http://www.jurnal-hidup.co.cc
Jika berminat tukaran link klik disini
Salam Kenal.
July 31st, 2010 at 6:46 pm
ros says:
Mungkin sebab tu,ramai orang sana ke mari..sebab di sana sungguh mahal!
August 1st, 2010 at 7:57 pm
buruuj says:
seharusnya kita bersyukur hidup di bumi Malaysia. tapi, gusar juga hal-hal yg berlaku di luar negara berjangkit pada kita andai ramai pemerintah terutamanya alpa!
August 3rd, 2010 at 3:09 pm