July 20th, 2010

CERITERA

Posted in bebas by Rudy

Sore itu dia dapat panggilan dari Dr. H, dari Australia. Mantan rakyat Malaysia tetapi sudah menjadi warga Australia. Dia kira itu panggilan tersasar. Kerana tersilap tujuan dan masuk ke kantor dia . Sebagai penjawat awam, walaupun bantuan yang dimintanya tiada kaitan langsung dengan tugas, dia cuba memberikan khidmat yang diperlukan.

Ceritanya begini. Anak saudara lelaki Dr. H di Malaysia berkahwin dengan seorang rakyat Indonesia dari Makassar Sulawesi Selatan. Punya 2 anak warganegara Malaysia. Akibat sedikit masalah rumahtangga, isterinya lari pulang dengan membawa 2 anak ke Makassar melalui jalan tikus tanpa passport.

Selepas berdamai, si isteri kembali semula ke Malaysia. Tetapi, 2 anak mereka tidak dapat dibawa pulang kerana ketika masuk ke Indonesia si isteri menggunakan jalan tidak sah/tanpa passport.

Alhamdulillah, dengan bantuan rakan yang sama-sama berkhidmat di sini di bahagian berkaitan, akhirnya 2 anak tersebut dapat dibawa pulang ke Malaysia pagi tadi.

Dia dapat panggilan sahabat dari kantor sekitar jam 9.00 pagi tadi, bapa kepada 2 anak ini hendak sangat bertemu. Tetapi disebabkan dia ada tugas rasmi di Palembang, maka dia tidak dapat menemui mereka anak beranak. Hendak sangat bapa ini bercakap dengan dia. Beberapa kali dia tolak melalui perantaraan sahabat di kantor. Akhirnya dia mengalah. Dia beri peluang sang bapa menyuarakan isi hati. Berjanji tidak akan berlaku lagi. Kerna natijahnya amat besar kepada hubungan 2 negara. Berkali-kali sang bapa berterima kasih.  Segera dia hantarkan kesyukuran kepada Tuhan dengan penuh keinsafan.

Moga tika dia memerlukan bantuan, kau tolongilah dia wahai Tuhan.

Both comments and pings are currently closed. RSS 2.0

3 comments

  1. warispengiran says:

    Insyaallah, segala yang baik pasti akan dibalas baik. Tahniah kerana berjaya membantu.

    July 20th, 2010 at 9:00 pm

  2. asuhara says:

    bahagianya kalau dapat tolong orang kan…niat yang baik pasti tuhan makbulkan, ataupun Dia beri yang lebih BAIK. Insya Allah.

    July 21st, 2010 at 8:04 am

  3. Ropi says:

    salam Tuan,
    Tahniah dan semoga segala nya yang terbaik buat mereka, Amin

    July 21st, 2010 at 11:01 pm