July 19th, 2010

SELAMAT BERANGKAT KAKAK KE NEGERI ABADI

Posted in bebas by Rudy

Terkini:  Kakak telah berangkat ke Negeri Abadi pada jam 8.50 pagi waktu Malaysia. Moga kakak tenang di Sana.  Salam takziah daripada aku sekeluarga buat seluruh keluarga. Alfatihah!

********************


* foto kredit Nurazzah

“Saya cuba jumpa kakak sebelum berangkat.”, Aku. Lewat penghujung April yang panas.

“Kalau diizinkan Allah kita jumpa. Kakak tunggu.”, Kak Dalilah.

Seperti waktu begitu cemburu. Kesibukan di hari-hari terakhir sebelum berangkat menjadikan aku sukar untuk mencari waktu. Aku berangkat ke Kota Jakarta tanpa pamit kakak. Itu memang salah aku!

++++

“Doktor suntik morfin pada kakak sebab sudah tiga hari kakak tidak tidur. Sakit terlalu sakit di belakang. Kerapkali kakak terjaga mengubah arah tidur. Kakak cuba mencari selesa dengan tidur telangkup pada meja. Kakak minta doktor komakan dia esok kerana terlalu sakit. Tapi doktor masih tak buat sebarang keputusan lagi. Kaki dan tangan kakak dah sejuk. Suami kakak sudah redha dengan apa sahaja kemungkinan.”, Es-em-es sahabat aku memberitahu khabar terkini kakak.

Kakak Dalilah tenat. Keterbatasan atas nama tugas, menyukarkan aku untuk mendapat kelulusan pulang ke tanahair. Walaupun hati meruntun-runtun mahu pulang.

Jika kalian punya waktu, mohon ziarah kakak di Wad Oncology & Radiotherapy GHKL. Tingkat 2. RT 2D Katil No. 8. Doakan yang terbaik untuk kakak yang parah berperang dengan kanker payudara tingkat akhir. Titipkan salam rinduku di Kota Palembang kepada kakak.

Alfatihah!

Both comments and pings are currently closed. RSS 2.0

8 comments

  1. teDi says:

    Salam,
    Al-Fatihah buat kak Raden :(
    Ketabahan dan kecekalan hingga ke nafas yg terakhir patut di contohi!

    July 19th, 2010 at 10:24 am

  2. Kak Zira says:

    salam Rudy, semoga sejahtera selalu…

    al-fatihah buat arwah semoga rohnya ditempatkan bersama orang yang beriman…amin

    July 19th, 2010 at 10:46 am

  3. warispengiran says:

    Al-fatihah…semoga abadi sejahtera rohnya di sana.Amin!!!

    July 19th, 2010 at 1:46 pm

  4. chemal says:

    bait-bait terakhir entri onebreastbouncing masih lekat diingatan. Beliau masih ceria walau dibelenggu derita. saya selalu pinjam semangat beliau… semoga tenang rohnya di negeri abadi..

    July 19th, 2010 at 10:09 pm

  5. ros says:

    Al-Fatihah . Semoga rohnya tenang bersama orang2 yang beriman.

    July 19th, 2010 at 11:24 pm

  6. mawar says:

    Ya Allah Rudy!! masa arwah kat mekah saya ada sms dia beritakan hal kematian anakanda Alisa, dia balas sms saya..dia kata dia menangis bila dpt sms saya dan bagitau dia pun sedang berjuang melawan penyakitnya. dan kami berjanji utk bertemu bila dia balik nanti..

    mmg x de rezeki nak kenal dia personally :( lambat plak bukak blog rudy.

    Al-Fatihah.

    July 20th, 2010 at 8:57 am

  7. suara says:

    A-Fatihah…
    Tak sempat mengenali beliau. Membaca blognya melalui link yg ada di sini, saya dapat rasakan ketabahan yg arwah miliki. Semoga Allah menempatkan arwah di kalangan hamba2Nya yang istimewa.

    July 20th, 2010 at 12:49 pm

  8. sil says:

    takziah, dan Al-Fatihah.

    July 20th, 2010 at 12:51 pm