July 14th, 2010

ROBOT

Posted in bebas by Rudy

Tika ini mahu rasanya bertukar menjadi robot. Tidak punya rasa. Apatah lagi akal. Menerima arahan kerja dan terus dibereskan. Kalau kerjanya bagus, sebagai robot tidak sekali-kali makan pujian. Kalau dimaki juga kerna kerja yang buruk,  sebagai robot yang tidak punya rasa, pasti langsung jauh dari murung.

Mendengar cerita sahabat yang dimaki dan dicarut oleh ketuanya di hadapan khalayak staf kerana satu kesalahan kecil, membuatkan aku insaf. Moga-moga aku tidak menjadi ketua seperti itu. Apalah gunanya ajaran Rasulullah SAW kalau ia tidak dipraktikkan. Kerna manusia itukan punya perasaan. Berhemah dan menegurlah dengan cara yang bijaksana.

Wahai diri, lapangkan dada, terimalah seadanya.

Both comments and pings are currently closed. RSS 2.0

7 comments

  1. nizamsani says:

    takut tempat tinggi.
    nanti jatuh.

    July 14th, 2010 at 2:54 pm

  2. Raihan says:

    hmm, hakikatnya, pasti dimana-mana kita pernah memegang jawatan ‘ketua’. Dalam keluarga, masyarakat, atau apa-apa saja.Nauzubillah. Semoga kita dijauhkan dari sifat keji itu.

    July 14th, 2010 at 4:53 pm

  3. umeboshi says:

    x suka ketua yg pandai cakap saja, pandai marah x usul periksa..mmg siksa wo.. anyway, kalo kita sabar n redha, insya-ALLAH semua akan OK-OK je buat kita…

    July 15th, 2010 at 12:19 pm

  4. warispengiran says:

    pernah berkhidmat dengan ketua sperti itu. Malah pernah dimaki hamun jua. Hanya Tuhan yang tahu rasa di dalam. Dari itu saya belajar untuk tidak menjadi ketua seperti itu. Rudy-san, saya yakin Rudy-san bukan dan takkan seperti itu…

    July 15th, 2010 at 6:12 pm

  5. anum says:

    kdg kita diatas,kdg kita dibwh..sabar itu senjata iman..

    July 16th, 2010 at 10:22 pm

  6. WL says:

    Salam

    Di tempat kerja, saya juga berharap akan menjadi robot.

    Tidak rasa penat dan sakit.
    Tidak terasa hati bila ditegur.
    Kebal telinga bila disindir

    :)

    July 18th, 2010 at 5:30 pm

  7. TeDi says:

    Namaoun ketua, Asyik nak mengarah. tak puas hati jerit!!

    July 18th, 2010 at 7:29 pm