June 29th, 2010

SELAMAT TINGGAL PASSPORT BERKUMPULAN KE INDONESIA

Posted in bebas by Rudy

Minggu lalu, ada satu grup 9 orang pelajar sebuah universiti Malaysia terkandas di Bandara Soetta. Mereka menggunakan passport berkumpulan. Sayugia diingatkan Imgresen Indonesia telah menguatkuasakan undang-undang melarang kemasukan warga negara luar dengan menggunakan passport berkumpulan sejak 2 minggu yang lalu.

Undang-undang ini aku rasa untuk mengelak masalah human trafficking (pemerdagangan manusia). Justeru, sesiapa yang pertama kali memasuki Indonesia akan dikenakan cap jari secara biometrik untuk semua jari dan diambil gambar (yang fokus kepada retina mata).

Minggu lalu, minggu yang amat sibuk bagi aku. Dalam kekangan mengurus lawatan YAB TPM ke Jakarta, bila ditambah pula masalah pelajar Malaysia yang terkandas dan diminta balik ke Kuala Lumpur semula memang benar-benar mencabar minda.

Alhamdulillah, selepas mendapat bantuan salah satu jabatan di tempat aku bekerja ini, mereka dapat memasuki Jakarta untuk melaksanakan pogram kembara siswa. Itupun, selepas puas merayu dan menggunakan saluran diplomatik. Terima kasih kepada sahabat yang membantu.

Bagi aku, penguatkuasaan sistem biometrik seperti ini harus dilaksanakan di Malaysia juga. Terutamanya bagi rakyat Indonesia, Bangladesh, India dan lain-lain negara yang kita tak ketahui, di mana mereka berada di Malaysia selepas memasuki Malaysia sebagai ‘pelancong’.

Sekali register biometrik, kalau mereka tinggal lebih masa, malah lebih jauh dari itu menjadi PATI, apabila kita dapat tangkap, dan hantar pulang semula, mereka tidak akan terlepas untuk memasuki Malaysia semula. Walaupun mereka datang dengan identiti yang lain, ia segera dapat dikesan dengan mudah.

Di Indonesia, setiap warga negara luar selepas mendapat visa untuk tinggal atau bekerja di negara ini, mereka diwajibkan untuk membuat SKLD iaitu sijil di mana mereka wajib untuk melaporkan diri kepada Balai Polis berhampiran di mana mereka tinggal. Sijil itu akan menyatakan di mana alamat mereka tinggal. Jika berpindah rumah atau kawasan dalam negara Indonesia, pihak Polis akan segera mengesan di mana warga negara luar ini berada.

Berbeda dengan Malaysia, kita hanya memberikan mereka permit kerja dan visa untuk tinggal di dalam negara, tetapi mereka boleh bebas tinggal di mana-mana mereka suka. Aku rasa, perkara ini harus segera ditangani oleh Pihak Imigresen Malaysia, supaya kita dapat memantau pergerakan rakyat asing yang lagaknya seperti sudah kaduk naik junjung!

Both comments and pings are currently closed. RSS 2.0

5 comments

  1. warispengiran says:

    setuju…satu kaedah yang sangat bagus dan perlu diutarakan kepada mereka-mereka yang berkenaan di Malaysia…:)

    June 29th, 2010 at 4:14 pm

  2. pinklady says:

    Salam abg rudi..
    betul tu.. sistem yg sama perlu diamalkan di Malaysia.
    Supervisor saya ( warga India ) mengaku pernah duduk secara haram di Malaysia selama hampir 2 bulan.. Nampaknya sungguh longgar sistem kita kan..

    June 29th, 2010 at 8:20 pm

  3. lin says:

    gaikokujin touroku shoumeisho tte koto? iwayuru alien card.
    atta hou ga ii kamo ne, mareshia ni… :)

    June 29th, 2010 at 8:56 pm

  4. warispengiran says:

    Rudy-san…semalam nampak bayang Rudy-san kat berita tv3 sempena lawatan TPM..eheh!

    June 30th, 2010 at 8:49 am

  5. Rudy says:

    waris, mugkin boleh inick waris tulis di paper on behalf me.

    lin, itu pun ya. masuk kena biometrik pun iya. lapor diri di balai polis stmpt pun ya. so sng kita nak carik kalu mreka telah tmt tempoh tinggal.

    pinky, see? nampak sgt kita ambil mudah sgt2.

    waris, ada ke? hahahaha abislerr masuk tv.

    June 30th, 2010 at 10:15 am