BERMULA KOSONG
Sepi bukan kerna apa. Sepi kerna beban tugas yang diamanahkan. Begitulah aku menginjak usia angka dua bulan kehidupan di Kota Megapolis Jakarta ini.
Bermula dengan kosong ialah cabaran. Kosong ilmu kerja di sini. Begitu juga kosong ilmu hidup di sini. Segalanya harus segera dipelajari dan dihadam untuk memesrai hidup di tanah orang.
Malah, seringkali tika hujan memanah bumi Jakarta, terjadinya macet yang amat teruk. Maka teksi menjadi engkar untuk berhenti. Ironinya, keputusan yang paling bijak ialah dengan menapak pulang. Terkadang aku ketawa. Di Malaysia, segala-galanya sudah tersedia. Hanya memulakan enjin kereta, dan tekan pedal minyak untuk pulang.
Jangan sekali-kali kasihan dengan aku. Kerna aku yang memilih kesukaran ini untuk mematangkan diri. Terima kasih kepada majikan aku yang memberi peluang untuk aku bertugas di tanah orang. Aku gembira kerana ini peluang untuk menginsafi diri. Seharusnya kita berterima kasih kepada Tuhan, syukur dengan apa yang Dia beri. Kalau sekarang ini aku susah, masih ada ramai orang lagi yang jauh lebih susah daripada aku di Kota serba ada ini. Kalaulah ini mendekatkan aku dengan Tuhan, tiada salahnya bukan?
* Salam tahniah kepada Amyz dan suami atas kelahiran anak sulung mereka. Masih teringat lagi Amyz si anak dara comel dan kurus pada awal perkenalan kami di awal alaf 21. Bergelar ibu jua akhirnya.


warispengiran says:
setuju..kesukaran itu mengajar erti kematangan. Pastinya di kala itu kita sedar segala yang diberikanNYA selama ini adalah terlebih daripada mencukupi…Syukur Alhamdulillah.
June 16th, 2010 at 7:46 am
nizamsani says:
hujan emas.
June 16th, 2010 at 5:28 pm
sil says:
Tuhan beri kita kesukaran untuk menguji hambaNYA, dan menghapus dosa2 kecil. Cabaran itu mendewasakan & mengingatkan kita kepadaNYA, yang kita tetap makhluk, dan tidak perfect.
June 17th, 2010 at 10:29 am