OJEK PAYUNG

foto ihsan http://koki-post.blogspot.com/
Hujan turun maha lebat. Teksi amat sukar sekali untuk dinaiki. Malah supir-supir teksi segera melarikan diri. Kerna, hujan bagi mereka adalah azab. Macet yang maha di jalanan, memungkin kaki mereka sakit menahan henyak pedal clutch dan minyak.
Menahan teksi dalam hujan memang sukar. Mujur ada anak-anak gelandangan tanpa capal dan baju compang camping, berlarian menduyuni manusia seperti kami yang membutuhkan teduhan. Mereka menawarkan payung. Mengunjuk sambil meminta belas. Ambillah payung ini jadi teduhan kalian di tepi jalan, sambil menanti teksi berhenti di hadapan. Kemudian, kepingan perak atau not kusam putih biru bertukar tangan jadi imbalan servis penting. Sebelum dikembalikan semula payung itu ke tangan si camping.
Merekalah anak-anak bergelar ojek payung. Payung disewakan, sementara mereka basah menanti, sehingga payung itu dikembalikan. Timbalnya dua keping duit perak. Atau sekeping not satu ribu. Buat beli makan hari itu.


Art says:
Survival of the fittest. Kotaraya ini hanya memberi makan pada yang mahu makan. Rezeki Allah itu ada di mana2 & dalam pelbagai bentuk.
June 4th, 2010 at 6:35 am
warispengiran says:
owh mcm tu ker…kesiannyer.
June 4th, 2010 at 7:24 am
kay says:
pernah jumpa mereka juga di bandung…
June 4th, 2010 at 8:55 am
pinklady says:
sekurang-kurangnya mereka berusaha mencari ikhtiar untuk mendapatkan rezeki yang halal =)
sebak baca entri ni
June 4th, 2010 at 10:17 am
ayobkelubi says:
sepatutnya generasi kita yg tak reti bersyukur dibawa ke sana.duduk dengan ojek-ojek ni seminggu dua. baru tahu azab mahu mencari sesuap nasi.
June 4th, 2010 at 11:44 am
zoo says:
sukar..tp masih mampu hidup.
June 4th, 2010 at 12:44 pm
kemat says:
Mereka tahu jalan dipilih itu susah, tapi tetap tabah. Kerna yang penting halal dan atas usaha sendiri. Syabas untuk kanak2 itu.
June 6th, 2010 at 4:09 pm
sil says:
Sangat survive!!!
Inilah realiti dunia yang ramai orang kita tak tau.Insaf rasa.
June 7th, 2010 at 12:53 pm
Ropi says:
salam Tuan, terima kasih di atas kisah ini, saya sgt terharu
June 7th, 2010 at 8:59 pm