PULAU PINANG
PASEMBUR
Dua minggu lalu aku dijemput ke Kulim untuk berkongsi pengalaman tentang protokol, etiket sosial dan keterampilan diri. Terima Kasih orang Kulim dan Pulau Pinang yang sudi menjemput aku ke kawasan mereka.

Tidak sah kalau ke Pulau Pinang tanpa menikmati Pasembur-cekik-darah yang asli mereka. Kenapa aku kata cekik darah, kerana harganya bisa membuatkan kalian kaget. Aku ke Padang Kota pada sebelah petang hari kedua. Ke Pulau Pinang tahun lepas, aku tidak sempat merasanya. Justeru kali ini pasembur Padang Kota memang tidak aku lepaskan. Oh ya, harga untuk sepinggan Pasembur dengan pilihan pelbagai isi (termasuk seekor udang galah) ialah RM22.00.

Justeru, semasa memilih, baiklah bertanya harga bagi setiap satunya. Supaya tidak terkejut pula nanti. Tetapi, kerana rasanya enak, aku abaikan sahaja harganya yang mahal itu.
MEE KETAM CERUK TO’ KUN

Selain itu, aku sempat juga merasa Mee Ketam Ceruk To’ Kun. Gerai Mee Ketam ini terletak di betul-betul di satu simpang 4 di kampung itu. Rasanya yang enak dan tiada tandingan menjadikan ia destinasi pelbagai bangsa. Jangan terkejut kerana harganya yang murah.

Di gerai ini juga terdapat pasembur yang sedap. Jika kalian tersesat ke mari, singgah dan nikmati hidangan mee ketam yang boleh licin dihirup kuahnya!

Aku tak hirup sebab nak elak terlalu banyak minyak masuk menjadi lemak di perut Ha! Ha! Ha!.

Dah habis licin!


warispengiran says:
wah!!! mee ketam tuh nampak macam sedapnyerrrr….part sepit tuh mesti manis…
April 6th, 2010 at 11:42 am
asuhara says:
mee ketam tak pernah cuba lagi tu…mecha mecha oishi des ne.
p/s: silalah cari pasemboq di tempat lain kerana pasemboq di padang kota memang boleh tercekik harganya.
April 6th, 2010 at 12:35 pm
art says:
aku yang duk sana pun tak pernah merasa mee ketam ni. nanti nak p
April 6th, 2010 at 2:54 pm
En Kid says:
bro rudy..
aduh..sudah sampai Pulau Pinang tapi belum menjejak kaki ke restoran saya..
khabarkan andai ada rancangan ke sini lagi..
April 7th, 2010 at 12:19 am
suara says:
Ketam memang kegemaran. Tapi tak pernah pulak makan mee ketam ni… Teringin nak cuba
April 7th, 2010 at 8:21 am
rudy says:
waris, mmg sgt sedap!!!
suara, kena cuba..sgt best!
art, kena jelajah tmpt2 yg org tak pi. baru dpt yang asli.
en,kid, saya terlupa. maaf banyak2.insyaallah lainkali.
asuhara, masalahnya pasemboq tmpt lain xsesedap di padang kote…hihihi
April 7th, 2010 at 10:01 am
Pegawai Khalwat says:
Bang, mee ketam tu dari dulu lagi memang sedap. Nak cari parking yang susah.
Pasembor, lain kali kalau datang janganlah ke Padang Kota. Tanyalah orang di mana boleh dapat Pasembor Pitchay di Sg. Nibong dekat Stesen Bas.
Dijamin enak dan murah. Cuma tak pelbagai saja.
April 8th, 2010 at 1:45 pm
angel_baik says:
Tok Kun tu dah dekat benar dengan rumah saya
Tapi sy nie sekali pun tak pernah rasa lagi mee kuah tu.. mmg dah byk dengar org cakap kat situ sedap.
Kena pergi jugak rasa mee tu lah..
April 8th, 2010 at 3:12 pm
Rudy says:
Pegawai Khalwat, terima kasih info bermakna. harus pergi cari nanti ke PP lagi insyaallah. mkan mee ketam parkir kat masjid ceruk tok kun ekekekekee..jauh menapakk…sangguppp wo
angel, jgn lepaskan peluanggg..
April 11th, 2010 at 12:57 am