MENJEJAK DIRI DI KOTA MACET
Macet. Kota Jakarta menyambut aku jam 10.25 pagi waktu tempatan. Cuaca baik, cuma dipenuhi jerebu. Tidak terlalu panas. Nyaman.
Sesampainya di Bandara Soekarno-Hatta, aku segera dibawa pemandu limo terus ke pejabat baharu di Jalan Rasuna Said. Sampai pejabat, azan berkumandang. Terus ke Masjid Kedutaan menunaikan solat Jumaat dengan warga Malaysia yang lainnya.
Seperti tidak percaya. Tetapi inilah hakikat dan takdir yang Tuhan tentukan. Syukran Ya Allah. Mulai hari ini, aku perlu memulakan hidup baharu di tanag orang. Moga Allah permudahkan. Buat Suri dan sicilik yang masih di Kota Lumpur, insyaAllah kita tidak lama berpisah. Tak sabar menunggu mereka datang menyertai aku di sini bulan hadapan.
Terima kasih kepada sahabat di Malaysia yang mengutus ucapan via emel, esemes, blog, bukumuka dan sebagainya. Aku hargai doa kalian.

