March 15th, 2010

ERY

Posted in bebas by Rudy

Dia koma. Lama selepas pembedahan kritikal di otak. Sahabat yang dahulunya periang. Sepi tiba-tiba. Di dada bukumukanya, aku hanya dapat melihat kosong celotehnya. Tetapi penuh kata-kata semangat ramai sahabat yang mendoakan.

Kelmarin, tika hujan lebat pada lewat petang. Kantung e-melku berdetik. Aku buka dan baca. E-mel daripadanya! Aku bungkam seketika. Sudah sedarkah dia? Lama aku tidak menitipkan khabar dek kesibukan kerja.

Katanya dia sudah sedar. Tetapi tahap ingatannya amat minimal. Nama sendiri pun lupa. Tetapi, NA pembantu khasnya, ada memberitahu tentang aku yang selalu menitipkan khabar melaluinya. Entah mengapa, nama Rudy ini masih berbaki diingatannya! Dia masih berada di kerusi roda. Ingatannya masih belum pulih sepenuhnya. Berdiri lama-lama boleh buat dia pening dan pitam. Rutin hidupnya kita hanya menghabiskan masa dengan sesi terapi. Minggu hadapan ke Pudong, China untuk terapi pula di sana.

Titipan emel itu memberitahu laman bukumukanya yang terbaharu. Akaun yang lama, sudah dia lupa kata laluan dan e-melnya. Terima kasih katanya kerna berdoa untuknya. Saban waktu melalui NA, yang aku sendiri telah lupa bila masanya.

Inilah cerita keajaiban Tuhan. Apa sahaja kehendakNya pada KUN yang dikatakan. Hidup ialah sebuah ceritera. Ceritera hubungan sesama makhlukNya yang saling bergantungan harap dan bantuan. Ery, segera sembuh ya!

Both comments and pings are currently closed. RSS 2.0

3 comments

  1. WL says:

    Semoga Allah swt kembalikan ingatannya.

    Semoga Allah swt sejahterakan dia.

    Sahabat saya, adik saya saudara saya Noor Muha Aziz juga berada dalam situasi yang serupa.

    March 15th, 2010 at 5:09 pm

  2. pinklady says:

    terkedu saya tatkala membaca entri ini abg Rudy..
    Subhanallah.. sesungguhnya DIAlah yang Maha Berkuasa..
    Entri ini menyedarkan saya supaya mensyukuri dan menghargai nikmat yang dipinjamkan DIA..

    Semoga Allah swt permudahkan urusannya ya..

    March 15th, 2010 at 8:39 pm

  3. warispengiran says:

    Syukur, masih ada sinar harapan untuknya. Sesungguhnya Allah itu amat besar kekuasaannya. Subhanallah…

    March 16th, 2010 at 2:44 am