PERINGATAN

Ketika menghadiri Kursus Persediaan Sebelum Berkhidmat ke Luar Negara untuk Pegawai Homebased Luar Negara 2010, ada satu slot pengurusan jenazah.
Oleh kerana para pegawai yang ikut serta semuanya bersaiz XL dan XXL, dan aku yang paling kecil dan leper perutnya, maka mereka sepakat menjadikan aku sebagai mangsa. Mula-mula aku menolak. Tapi, ustaz beria-ia mengajak aku ke depan.
Seram sejuk dibuatnya! Pertama kali akan dikafankan. Ustaz yang mengendalikan slot berkenaan seorang yang sangat berpengalaman. Aku di’uli’ oleh ustaz berkenaan dengan tunjuk cara mandi jenazah. Kemudian, kain kafan dibentangkan. Ketika disuruh berbaring dalam keadaan tangan dirapatkan ke atas perut, aku sudah rasa semacam!
Rasanya? Kain kafan itu rasanya panas. Semasa memakaikan kain kafan itu, ustaz ikat ketat-ketat dan aku rasa sangat senak sebab kesukaran bergerak dan bernafas.
Bagaimanalah agaknya saat aku menghadapi sakaratul-maut? Kemudian diuruskan jasad aku untuk menghadap Tuhan? Ya Allah. Mohon keampunan dari segala dosa yang aku lakukan. Insaf sangat-sangat.


mamanaufal says:
hidup pasangannya mati…
March 8th, 2010 at 12:04 am
warispengiran says:
membaca enti ini sahaja sudah cukup menginsafkan, inikan pulak mengalaminya…
March 8th, 2010 at 9:14 am
as says:
saya pernah merasai sekali pengalaman yang berbeza tapi membawa maksud yang sama sewaktu menghadiri kursus bina insan anjuran jabatan.
March 8th, 2010 at 4:26 pm