NGOMEL KHAMIS
Terkadang kerana emosi, kita lupa segala kebaikan mereka yang telah banyak memberi. Hanya meladeni nafsu melihat satu keburukan yang belum tentu benar sebenarnya. Akhirnya tindakan spontan itu melukakan sesama sendiri.
Adakah kemanusiaan yang diberi akal oleh Tuhan, begitu mudah untuk menerima bujukan syaitan? Lupa agaknya sesuap nasi yang dia beri. Lupa agaknya mobilmu itu perlukan petrol untuk bergerak. Semuanya datang dari kantung dia yang emangnya mudah kau pinta dari bibirmu, tanpa perlu kau memerah keringat.
Mudah sekali kau lupa seribu kebaikannya. Mudah sekali kau benci dia tanpa kau selidiki kebenarannya.
Tsuru, kau dewasakan dia. Tentang hidup. Tentang kemanusiaan.
* Tsuru - bangau


warispengiran says:
benarlah kata orang, emosi bisa mengatasi segalanya jika gagal ditangani dengan baik, lantas hati jadi buta untuk menilai.
March 4th, 2010 at 11:56 am
suara says:
Manusia mudah lupa.
Manusia mudah leka.
Manusia mudah terpedaya.
Ianya mudah berlaku bila kita mudah lupa yang Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Melihat, lalu membiarkan emosi mengatasi fikiran dan hati.
March 5th, 2010 at 1:47 pm