PASSPORT TERBANG

Aku baru saja sampai di Bandara Miri jam 9.35 pagi tadi, transit selama 3 jam sebelum terbang ke Mukah. Satu insiden berlaku tatkala penumpang-penumpang beratur di kaunter pemeriksaan imigresen.

Di kaunter sebelah ada seorang kanak-kanak Cha bersama rombongan keluarganya dari Semenanung mungkin bercuti di Miri. Aku terkejut kerana kanak-kanak dalam lingkung usia belasan tahun itu mencampakkan 2 keping passport milik mereka ke kaunter pemeriksaan dari garisan menanti.  Semua penumpang yang ada di situ terkejut dan terpinga-pinga melihat kelakuan budak tersebut.

Ibu kanak-kanak tersebut hanya menegur perbuatan anaknya. Tetapi sayang sekali, dia tdak meminta pun anaknya itu memohon maaf kepada pegawai imigresen tersebut. Atau paling kurangpun dia sendiri sepatutnya meminta maaf bagi pihak anaknya. Pegawai Imigresen Mim itu hanya tersenyum dan menggelengkan kepala berkali-kali.

Ironinya, aku melihat insiden ini sebagai satu pengajaran berguna kepada aku sebagai ayah kepada sicilik. Moga-moga didikan kami menemukan yang molek ke atas sikap dan akhlak anak-anak kami. Amin!

WHEN PAPA AND MAMA MAKE LOVE

make_love

Cilik: Ini papa. Ini mama. When papa and mama make love. Saya dapat adik! Ni adik saya dalam perut mama.

Aku: Hah?! (Mana pulak dah dia belajar benda ni).

Suri: (Terkekeh-kekeh ketawa)

VISA

Baru sebentar tadi uruskan visa diplomatik di sebuah kedutaan di Kota Lumpur. Walaupun terpaksa berulang dua kali dek kerana wujud borang baru dan khilaf  informasi tentang gambar, ia tidak mematahkan semangat.

Alhamdulillah, segala-galanya dipermudahkan. Aku dapat giliran 002. Tetapi kerana dokumen tidak cukup, aku balik rumah dan sediakan semula dokumen yang perlu ada. Kemudian ketika ke Kedutaan itu semua, aku dapat giliran 004! Terkejut! Tak ramai yang berurusan di lorong diplomatik rupanya.

Sementara itu, ribuan rakyat dari negara berkenaan sedang menunggu giliran masing-masing untuk proses pelbagai di kaunter yang berjumlah lebih 20 itu. Syukur, petugas kedutaan berkenaan ramah dan aku ambil kesempatan untuk praktis bahasa negara itu dan kerna itu,  layanannya kepada aku baik sekali!

Jumaat ini sudah boleh ambil passport semula. Hurm… April semakin mendekat! Sekali lagi, terasa kecut perut mendepani cabaran hidup di negara orang sekali lagi.

* Bertemu sahabat baru yang sama-sama akan bertugas di Kedutaan Besar Malaysia di negara berkenaan insyaAllah ketika sama-sama menunggu giliran urusan visa. Diplomat dalam bidang pertahanan itu akan bertolak Ahad ini. Jumpa di sana katanya!