February 18th, 2010
Cikgu: Kenapa kamu bawa plastik ni?
Sicilik: Yalah cikgu. kasut saya asyik hilang sahaja. Kenalah bawa plastik. Masukkan kasut macam ini dan ikat. Kemudian letak dalam beg sekolah saya. Haa… kan tak hilang.
Cikgu: Siapa ajar ni?
Sicilik: Saya fikir sendirilah cikgu. Saya nampak orang pergi masjid bawak plastik. Masuk selipar dia dalam tu. Apalah mama dengan papa saya ni. Tak bagi bawak plastik, tapi saya cari sendiri kat dapur.
Aku: Maaflah cikgu. Puas saya tegah. Dia nak bawak juga. Malu saya macam ni.
* Kanak-kanak Tadika Flora tempat sicilik belajar mempunyai kasut/selipar yang sama. Jadi sering tertukar-tukar walaupun telah ditulis nama. Sicilik aku ini jenis yang takkan mengambil selipar orang lain. Tahan dia balik berkaki ayam.
February 17th, 2010
Omelan seorang sahabat petang itu, bagai mahu memecah gegendang telinga aku.
Katanya, dia rasa hidupnya tiada bahagia. Bertimpa-timpa kesusahan. Tuhan tidak adil katanya. Memberikan semua orang bahagia tetapi tidak dia. Aku tersenyum sinis mendengar kata-katanya. Tuhan itu adil. Maha adil sebenarnya. Cuma kamu tidak pernah mahu sekelumitpun memberi ruang diri kamu untukNya.
Kau mahu bahagia, kau sujudlah kepada Dia. Satu perkara yang kau tawa dan perlekehkan, ketika aku meminta sejadah satu ketika dahulu di baitimu.
February 12th, 2010

Mula berlatih mengepak sayap. Mac semakin hampir. Berbaur seribu rasa.
Ya, Rudy akan berkelana lagi. Tetapi kali ini dalam suasana berbeda. Sedikit lama dan akan menjadi sebahagian warga permastautinnya. Urusan dokumentasi sungguh pelbagai dan rumit. Lega sudah melepasi tahap tapisan keselamatan Bukit Aman, LHDN dan PTPTN. Hanya menunggu tiga lagi tapisan SPRM, Kesihatan dan kursus diplomatik yang bakal berlangsung 19 – 24 Februari. Setelah itu, urusan pertukaran passport antarabangsa biasa kepada passport diplomatik.
Moga Allah permudahkan perjalanan ini. Perjalanan ibadah pastinya. Bismillah!