AU WA WAKARE NO HAJIME NARI
Aku baru pulang dari menghadiri kursus persediaan untuk ke jabatan baharu. Jadual yang sangat padat. Malah suri ikut menemani kerana ia sebagai salah satu syarat untuk pegawai bertugas di luar negara.
Hari ini hari terakhir bertugas di jabatan ini. Jabatan yang penuh warna-warni sepanjang hampir lapan tahun aku gelumangi. Entah mengapa perasaan ini penuh dengan bauran rasa. Seperti kata pepatah Jepun; AU WA WAKARE NO HAJIME NARI; setiap pertemuan adalah permulaan bagi perpisahan, maka aku ambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih sahabat sekerja yang bersama-sama aku memacu jaya untuk setahun yang lalu. Dua tahun mendatang ialah dua tahun yang mencabar. Moga-moga Allah permudahkan segala perjalanan ini. Perjalanan ibadah semestinya. Bismillah!
1 Mac akan mula melapor diri di Jabatan transit sebelum diterbangkan ke jabatan baharu April ini, insyaAllah.


warispengiran says:
semoga dua tahun mendatang itu diharungi dengan tabah dan jayanya.Amin!!!
February 25th, 2010 at 11:03 am
asuhara says:
rudy-san,
‘Hiru no ato ni wa kanarazu yoru gga yatte kuru,- itulah hakikatnya kan.
p/s: doko ni ikaremas ka?
February 25th, 2010 at 11:47 am
SHIMI says:
Semoga berjaya bro. Moga rahmat dan perlindungan-nya sentiasa bersama kamu
February 25th, 2010 at 4:59 pm
ilajauhari says:
Salam…
Semoga dilindungiNya walau dimana Abg Rudy dan keluarga berada…
Saya menanti pengalaman yg bakal dilalui utk dikongsi bersama
February 25th, 2010 at 9:29 pm
cen says:
bagus…jauh berjalan, luas pandangan…
semoga dipermudahkan segala urusan dan dijauhkan dari kesusahan dan kesempitan ketika di sana. take care.
February 27th, 2010 at 7:23 am