February 17th, 2010
BAHAGIA?
Omelan seorang sahabat petang itu, bagai mahu memecah gegendang telinga aku.
Katanya, dia rasa hidupnya tiada bahagia. Bertimpa-timpa kesusahan. Tuhan tidak adil katanya. Memberikan semua orang bahagia tetapi tidak dia. Aku tersenyum sinis mendengar kata-katanya. Tuhan itu adil. Maha adil sebenarnya. Cuma kamu tidak pernah mahu sekelumitpun memberi ruang diri kamu untukNya.
Kau mahu bahagia, kau sujudlah kepada Dia. Satu perkara yang kau tawa dan perlekehkan, ketika aku meminta sejadah satu ketika dahulu di baitimu.
Both comments and pings are currently closed.
RSS 2.0


tentangseseorang says:
bahagia itu ada. kadang-kadang kita yang buta.
February 17th, 2010 at 12:25 pm
warispengiran says:
Sesungguhnya Allah sentiasa tahu apa yang terbaik untuk hambaNYA. cuma kita sebagai hamba adakalanya buta untuk menilai…
February 17th, 2010 at 1:55 pm
sil says:
Bahagia tu tak perlu dicari. Ia ada dalam diri. Rasa tak bahagia sebab cemburu dan tak ada sekelumit pun rasa bersyukur~~
February 18th, 2010 at 11:06 am
Book says:
Ironi. Kadang-kadang kalau cari-cari, paksa-paksa sangat tak jumpa pun.
Biasanya orang yang cari-cari ni, tak nampak yang depan mata.
Kot.
February 18th, 2010 at 8:47 pm
mohd shafiq abas says:
Kebingungan & kekeliruan yang biasa terjadi oleh kita dalam menentukan kebahagiaan, adalah disebabkan kesalahan kita dalam hidup bersandarkan keinginan & kehendak kita, sedangkan sebenar-benar sandaran hanyalah keinginan & kehendak Allah.
Maka samalah renungi
berulang kali, kalam hikmah Ibnu ‘Athaillah dalam Al-Hikamnya:
“Apa pun bersandar pada kehendak Allah,
sementara kehendak Allah tidak bersandar pada apa pun.
Tertundanya pemberian
setelah engkau mengulang-ulang permintaan,
janganlah membuatmu patah harapan.
Allah menjamin pengabulan doa
sesuai dengan apa yang Dia pilih buatmu,
bukan menurut apa yang engkau pilih sendiri;
dan pada waktu yang Dia kehendaki,
bukan pada waktu yang engkau ingini.
Bisa jadi engkau memperoleh
tambahan kurnia dalam kesukaran,
apa yang dalam puasa dan solat
tidak engkau dapatkan.
Bisa jadi Allah memberimu maka menolakmu,
dan bisa jadi Dia menolakmu maka memberimu.
Penolakan dari Allah
terasa pedih bagimu
hanya kerana engkau tak mengerti
rahmat Allah di balik penolakan itu.
Ketika Allah membukakan pintu pengertian
bagimu tentang penolakan-Nya,
maka penolakan itu pun berubah
menjadi pemberian.”
Wallahu a’lam.
Moga Allah sentiasa membantu kita, menjadi hamba yang meredhai & diredhai-Nya. Amiin.
February 21st, 2010 at 1:10 am