PERJALANAN INI

Mula berlatih mengepak sayap. Mac semakin hampir. Berbaur seribu rasa.
Ya, Rudy akan berkelana lagi. Tetapi kali ini dalam suasana berbeda. Sedikit lama dan akan menjadi sebahagian warga permastautinnya. Urusan dokumentasi sungguh pelbagai dan rumit. Lega sudah melepasi tahap tapisan keselamatanĀ Bukit Aman, LHDNĀ dan PTPTN. Hanya menunggu tiga lagi tapisan SPRM, Kesihatan dan kursus diplomatik yang bakal berlangsung 19 - 24 Februari. Setelah itu, urusan pertukaran passport antarabangsa biasa kepada passport diplomatik.
Moga Allah permudahkan perjalanan ini. Perjalanan ibadah pastinya. Bismillah!


indah says:
adkh akan kerja d luar negara?hebat…jemput saya juga dlm doa en.rudy
February 12th, 2010 at 8:34 am
Rudy says:
Indah, insyaAllah, jika DIA membenarkannya. Doa saya untuk sekaliannya.
February 12th, 2010 at 8:41 am
sil says:
En. Rudy,
Wah~ dah buka satu lagi lembaran baru. Kerja di luar negara? Tahniah2. Omedetou. Pasti akan ada perjalanan & pengalaman yang menarik ;p
February 12th, 2010 at 9:35 am
Rudy says:
Sil, doakan sy yg terbaik ya.
February 12th, 2010 at 11:28 am
pinklady says:
tahniah!! ingin sungguh ikut jejak langkah abg rudy..
February 12th, 2010 at 12:10 pm
darxx says:
pn suri dan si cilik camane?
February 12th, 2010 at 12:37 pm
yus says:
ewahh ckp pon da bunyi ala2 belah sana tuh…huhuhu
February 12th, 2010 at 3:11 pm
aliff says:
Bg Dy,
Wah…..berapa lama? Sebelah mana? Luas tu kawasan geografi
Segala yang terbaik harapnya.
February 12th, 2010 at 6:11 pm
warispengiran says:
hati terkenang setiap kenangan,
sering bertamu menggamit rasa,
tenang-tenang hatimu tuan,
jaya kembaramu ku doa sentiasa.
February 13th, 2010 at 12:18 am
kingbinjai says:
amin. smeoga kau selamat pergi dan pulang
February 13th, 2010 at 11:49 am
hazri says:
mudah2an semuanya berjalan lancar ya pak,hehe..nt kitorang grad balik la sini.. =)
February 14th, 2010 at 9:48 pm
addyaholix says:
ya. moga semuanya dipermudahkan. moga segalanya seperti yang dirancangkan. moga Dia selalu pelihara kamu. dan meletakkan kamu diantara keindahan-keindahan dunia. insyaallah, amin.
cuma satu, jangan sesekali lupa rumput dibumi, sekalipon kamu mampu menggapai awan. jangan pernah kamu tinggalkan terik matahari, sekalipon kamu bahagia meluncur sang pelangi.
February 15th, 2010 at 1:18 am
fajar says:
alhamdulillah. moga dipermudahkan segala urusan.
p/s: cerita la detail dlm emel.
February 16th, 2010 at 8:19 pm
najmi says:
jadi PTD ker bang? tahniah ek bang.
February 16th, 2010 at 8:50 pm
he says:
bila berangkat?
February 16th, 2010 at 10:49 pm