Archive for February, 2010

February 28th, 2010

EL

Posted in bebas by Rudy

El-nino dan El-nina. Datang ia. membawa kering atau basah. Kemarau atau bah. Tragedinya bersulam derita payah.

Tuhan, kau andalkan kekuatan kepada ummah.

February 28th, 2010

HUJANMU

Posted in bebas by Rudy

Aku membaca hujanmu. Mendalam. Seperih duka yang kau sembunyikan.

February 25th, 2010

AU WA WAKARE NO HAJIME NARI

Posted in bebas by Rudy

Aku baru pulang dari menghadiri kursus persediaan untuk ke jabatan baharu. Jadual yang sangat padat. Malah suri ikut menemani kerana ia sebagai salah satu syarat untuk pegawai bertugas di luar negara.

Hari ini hari terakhir bertugas di jabatan ini. Jabatan yang penuh warna-warni sepanjang hampir lapan tahun aku gelumangi. Entah mengapa perasaan ini penuh dengan bauran rasa. Seperti kata pepatah Jepun; AU WA WAKARE NO HAJIME NARI; setiap pertemuan adalah permulaan bagi perpisahan, maka aku ambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih sahabat sekerja yang bersama-sama aku memacu jaya untuk setahun yang lalu. Dua tahun mendatang ialah dua tahun yang mencabar. Moga-moga Allah permudahkan segala perjalanan ini. Perjalanan ibadah semestinya. Bismillah!

1 Mac akan mula melapor diri di Jabatan transit sebelum diterbangkan ke jabatan baharu April ini, insyaAllah.