Archive for January, 2010

January 20th, 2010

RESOLUSI

Posted in bebas by Rudy

19a

Dua kosong satu kosong. Sudah berlalu hampir dua puluh hari. Merencana misi diri untuk tahun ini bukan bermula pada entri ini. Sebenarnya, lama sebelum dua kosong satu kosong menjelma, telah mula aku rencana. Tindak tanduknya bermula sejak pertengahan dua kosong kosong lapan.

Siapa yang tidak mahu yang terbaik untuk diri sendiri? Semua mahu, bukan? Pengalaman aku sebagai penjawat awam yang hampir saban tahun, selama hampir sepuluh tahun ini, ditakdirkan berpindah-randah dari satu jabatan ke satu jabatan sebanyak tujuh kali sebenarnya punya hikmah yang amat besar. Ya, selepas melalui getir mempelajari perkara baharu hampir saban tahun. Kemudian perlu hadam pula secepat mungkin supaya mahir tatkala melaksanakan tugas yang dipundakkan ke atas bahu. Aku akui itu, selepas melihat pulangan demi pulangan yang datang meriba. Maha suci engkau Sang Maha Segala, yang menentukan jalan hidupku. 

19b

Bagi aku, dua kosong satu kosong ialah tahun resolusi; tahun memacu diri ke peringkat antarabangsa. Tahun penuh cita-cita untuk memacu gemilang. Maha suci Sang Maha Perancang, kepadaNyalah doa dan harapan.

19bb

Memetik kata-kata sahabatku Eric semasa bertugas di awan biru dahulu; kita harus percaya sesuatu yang kita ingini akan berlaku, sebelum ia benar-benar berlaku. Magis sekali, ia akan menjelma tepat pada waktunya ketika ia ditakdirkan berlaku. Sehingga saat itu aku akan terus menunggu.

_______, aku datang!

January 18th, 2010

Protected: DUHA YANG KAU PERLEKEHKAN [akses terhad kepada khalayak tertentu sahaja. Sila e-mel untuk membaca entri sensitif ini]

Posted in bebas by Rudy

This post is password protected. To view it please enter your password below:


January 11th, 2010

DOA MAKAN

Posted in bebas by Rudy

[Di kedai makan tatkala makanan dihidangkan]

“Ok, Papa, Mama angkat tangan kita doa.”, Sicilik.  Tiba-tiba.

“Eh!”, Aku.

“Cepatlah Papa. Apa lambat-lambat angkat tangan ni. Saya dah lapar. Papa, mama cepat baca doa sama-sama saya.”, Sicilik seakan memaksa.

Aku sudah pelik.

“Bismillahirrahmanirrahim. Allahummaa….!!!!”, Sicilik tiba-tiba lagi. Dengan suara gegak gempita. Satu kedai makan bergaung dengan suaranya.

Aku cepat-cepat pekup mulutnya. Sambil mata memandang ke sekeliling.

“Ish, tak baik papa buat saya macam ini. Dosa tau. Sebelum makan kata cikgu, kita mesti angkat tangan macam ini (sambil angkat tangan berdoa). Pastu mesti baca doa ramai-ramai. Sebut sama-sama. Cikgu cakap lagi, mesti baca kuat-kuat. Lambat-lambat, jangan laju-laju”, Panjang lebar sicilik menerangkan.

“Kalau kat sekolah bolehlah buat macam tu. Tapi makan dengan Papa ngan Mama kat kedai macam ni, kamu baca doa Papa ngan Mama aminkan aje. Kita tak payah baca kuat-kuat. Perlahan-lahan pun Allah dengar.”, Suri menerangkan.

“Tak. Mama ni kan. Salah tau. Kan Mama suruh saya ikut cakap cikgu. Kenalah ikut cakap cikgu”, Sicilik menjawab.

“Hahahaahahahaha! Bertuah punya anak!”, Aku terus mengetuai bacaan doa makan. Kalau nak layan sesi penghujahan sicilik ini sampai bilapun tak makan. Lapar seh!