January 27th, 2010

KUASA

Posted in bebas by Rudy

Apabila perasan diri ini berkuasa, maka apabila ditegur oleh staf bawahan tentang satu kesilapan diri, mulalah hati rasa panas dan rasa tercabar. Inilah sifat yang aku sendiri mahu kikis dalam diri. Bercakap memang mudah. Tetapi mahu membuatnya asyik kalah!

Ironi sekali, dek kesilapan memarkir kenderaan, aku diminta mengalihkan kenderaan oleh staf keselamatan lewat petang kelmarin ketika mengikut ketua jabatan ke satu majlis rasmi. Hati rasa panas ditegur walaupun dibuat dengan cara baik dan sangat berhemah. Sedangkan permintaan tersebut dibuat bagi mengelakkan kenderaan aku menghalang laluan bas yang mana boleh mengakibatkan kesusahan kepada kedua-dua belah pihak. Aku mula panas dan merungut. Semasa aku sampai tadi tidak mahu pula dia menghalang aku awal-awal. Ini bila ketua jabatan aku sudah hampir tiba, barulah mengarahkan aku mengalihkan kenderaan, sudahnya ketua jabatan aku sampai tanpa aku ada menyambutnya dan terpinga-pinga dia mencari tempat duduknya.

Segera aku istighfar. Ini namanya khilaf. Khilaf manusia yang hamba sifatnya. Kemudian, menerima insiden kecil itu sebagai satu ilmu untuk dipelajari. Alhamdulillah. Benarlah seperti kata-kata seorang ulama sufi, Imam Ibn Syihab al-Zuhri, “Kita tidak pernah lihat zuhud yang lebih hebat daripada zuhud pangkat dan gila hendak jadi ketua. Kadangkala anda boleh lihat orang zuhud dalam makan minum dan harta benda tetapi kalau dicabar kerusi keketuaannya, dia terus melenting dan bermusuh”.

Both comments and pings are currently closed. RSS 2.0

8 comments

  1. sil says:

    Manusia memang tak pernah lari dari kesilapan. Dan kekhilafan. Ilmu baru saya pelajari hari ini.
    p/s : minta izin copy kata-kata Imam Ibn Syihab al-Zuhri tu dalam blog saya.

    January 27th, 2010 at 8:30 am

  2. sil says:

    trima kasih.

    January 27th, 2010 at 8:34 am

  3. Rudy says:

    sil, sila sila. :)

    January 27th, 2010 at 8:41 am

  4. warispengiran says:

    memang sesuatu yg sukar..yg pasti kita perlu lihat kebaikan org lain dan muhasabah kelemahan diri…

    January 27th, 2010 at 10:25 am

  5. Lelaki Autumn says:

    kadangkal kita terlalu ikut perasaan.

    p/s : thanks sebab sudi baca blog aku. :)

    January 27th, 2010 at 2:48 pm

  6. asuhara says:

    kadang2 sy pun begitu walaupun pangkat x seberapa, tp dgn mengingat pengalaman waktu sy di bawah, itulah yg mjd tembok kesabaran. cuma masih x boleh berkompromi pd mereka yg menegur tanpa sopan. terus ‘make my blood go upstairs’! :)

    January 28th, 2010 at 9:23 am

  7. ayobkelubi says:

    entri ini mengingatkan aku untuk belajar menahan marah lagik.

    terima kasih bang!

    January 29th, 2010 at 11:25 am

  8. PAP says:

    sememangnya manusia itu tidak sempurna kan?

    tapi kita boleh belajar dari kesilapan lalu.

    sesungguhnya manusia berada dalam keadaan yang paling lemah apabila sedang marah.

    aku juga mahu belajar kawal diri.

    January 30th, 2010 at 11:43 pm