LPP 2009

Tanggal 5 Januari lalu genap satu tahun di jabatan ini. Ini pusingan kedua. Tugas yang hadir pada awal tahun ini memang agak memberati pundak. Justeru, aku mesti menjadi seorang buruh yang tahu mengandalkan tugasnya. Aku cinta pekerjaan ini. Kerja yang aku dambakan sejak di alam persekolahan lagi.

Dua kosong kosong sembilan ialah tahun percubaan sebenarnya. Kerna aku baharu sahaja berpindah dari jabatan sebelumnya. Aku di peringkat akhir sebenarnya, mengemaskini laporan penilaian prestasi diri sebelum dipanjangkan kepada ketua jabatan untuk penilaian. Moga-moga tahun percubaan dua kosong kosong sembilan itu melepasi tahap lulus.

Aku sudah merencana tahun dua kosong satu kosong untuk tugas ini. Sudah ada di dalam kepala cuma belum berkesempatan untuk di terjemahkan di atas kertas. Ya, wajib ditulis kerna ia menjadi pengukur sasaran kerja tahunan untuk dinilai oleh ketua jabatan lagi pada tahun ini. Memetik kata-kata sahabatku Harismen, Personaliti Tivi Indonesia lewat ngobrol kami petang kelmarin via telefon; “Kualitas hidup seseorang lebih ditentukan oleh komitmennya untuk melakukan yang terbaik dalam hidupnya…”. Aku setuju dengan kata-katanya. Tanpa komitmen, tugas yang diandalkan pastinya tidak akan berhasil dengan baik. Apatah lagi untuk diukur kualitasnya.
Selamat bekerja. Ibadah bukan?


he says:
semoga lebih berjaya dalam tahun dua kosong satu kosong. didoakan.
January 21st, 2010 at 11:19 pm
sil says:
Selamat hari Jumaat, dan selamat bekerja dgn penuh berkualiti:)
January 22nd, 2010 at 8:37 am
warispengiran says:
erm..bila kita anggap keje tu ibadah, pastinya niat kita terpasang betul dan akan menghasilkan keje yang berkualiti…kan Rudy-san?
January 22nd, 2010 at 9:52 am
Rudy says:
he, juga untuk tuan. bila pulang ke malaysia?
sil, jumaat juga. sama2 bribadah.
waris, setujuuu~
January 22nd, 2010 at 11:30 am