January 5th, 2010

TADIKA DAN SICILIK

Posted in bebas by Rudy

Awal! Jam enam pagi sicilik sudah siap mandi. Siap berpakaian. Aku? Aku masih berselimut lagi.

“Papa! Cepatlah! Bangun. Mandi. Sembahyang. Saya nak sekolah ni!”, Sicilik.

Aduhai. Awalnya sicilik seorang ini. Masih awal lagi sayang. Pintu pagar sekolah pun belum buka lagi. Begitulah. Semangat sicilik pagi ini. Rutin harian selama ini yang akan bermula jam enam tiga puluh pagi sedikit berubah. Perlu bangun awal setengah jam untuk siapkan sicilik itu. Kemudian memastikan sicilik sarapan pagi sebelum menghantarnya ke sekolah tadika berdekatan rumah.

Cuma yang mudah, sicilik ini tidak perlu diuruskan sangat. Mandi sudah pandai sendiri. Memakai baju dan seluar pun sudah boleh berdikari. Berdandan diri pun sudah boleh diharapkan. Fesyen apa yang dia mahu, dia boleh buat ikut kehendaknya. Lega sedikit. Cuma perlu memujuk dia sarapan pagi. Itu didikan Mak dan ibu suri kepada anak-anak. Biasakan bersarapan sama. Perut dialas, mudah nanti ilmu digalas.

“Papa, boleh tak papa balik sekarang? Tak payah tunggu saya. Saya nak belajar ni. Nanti petang Mama ambil saya. Dah pergilah. Tak payah tunggu lagi”, Sicilik.

Aduhai, bertuah punya anak. Aku bukannya apa, risau juga takut dia menangis. Almaklum, itu fenomena biasa hari pertama persekolahan. Sampai kami pagi itu di halaman sekolah pun sudah ada drama air mata. Berguling-guling seorang anak perempuan sebaya umurnya di pintu grill tadika. Menjerit-jerit mahu pulang ke rumah.

“Kenapa ni kawan? Sapa nama? Saya I***. Dah dah, jangan nangis. Jom. Main dengan saya kat dalam. Kita kaler-kaler nak?”, Sicilik. Entah datang dari mana sifat memujuknya. Magis sekali,  kawan baru yang berjejeran air mata itu diam tiba-tiba.

Aku senyum-senyum sahaja tengok drama swasta tersebut.

Basmallah.
Teranglah hatimu anak.
Menggalas ilmu yang kau hendak.

Both comments and pings are currently closed. RSS 2.0

8 comments

  1. voice says:

    Alhamdulillah…pandainyerrr… :)

    Ilmu memujuk tu dari ayah dia kot…hahaha…

    January 5th, 2010 at 9:43 am

  2. coy says:

    Comel dan cerdiknya! Tahun depan bila cuti sekolah tu, bolehlah hantar dia homestay sini. :)

    January 5th, 2010 at 12:05 pm

  3. aliff says:

    Fullamak, Iyo terrerlah! Bersemangat tinggi pula tu.

    Semoga anak sedara yang sorang ini jadi insan berguna pada agama, bangsa dan negara.

    January 5th, 2010 at 12:31 pm

  4. tipahlawa78 says:

    Aduhai… Mmg sudah blh dipanggil abang.. Pandai memujuk.. Itu sifat penting menggalas tanggungjawab kelak.. :) Alhamdulillah… Berdikari.. Kelak jadi pemimpim diri & keluarga yang baik.

    Anak tipah pun mcm tu jugak, tak di endah mama bila sampai di pintu taska. Hari pertama pun, dari riak muka tak mengharapkan mama menunggu di muka pintu. ‘Mama pegila work, nnt petang Pipah balik ngan atok’ huhuu… Hati mama sayu.. Anak mama dah besar.. Alahamdulillah.. Syukur..

    January 5th, 2010 at 2:09 pm

  5. tipahlawa78 says:

    Opss.. TAHNIAH atas ‘kemunculan’ ahli baru… Alhamdulillah.. Alhamdulillah… TUhan Maha Pengasih, Maha Mengetahui sesuatu yang paling baik buat hambanya.. :)

    January 5th, 2010 at 2:10 pm

  6. warispengiran says:

    Alhamdulillah…setuju dgn voice, ilmu memujuk tuh turun dari papa dia kot..eheh :)

    January 5th, 2010 at 7:42 pm

  7. IlhamHamdani says:

    Kawai naaa ..
    Kejarlah pelangimu, cilik-chan!

    January 6th, 2010 at 9:29 am

  8. ciketon says:

    aduhai.. sejuk perut suri mengandung cilik begini..^_^

    January 6th, 2010 at 1:18 pm