JANGAN LUPAKAN MAK ROS
“Jangan lupakan Mak Ros ya…cilik”, Pengasuh sicilik. Sambil memeluk erat sicilik.
Pada hari terakhir sicilik di rumah pengasuh pada penghujung dua kosong kosong sembilan itu, pengasuh sicilik menangis teresak-esak. Seorang yang ikhlas dan baik budi. Tidak berkira dan mudah dibawa berbincang. Itulah yang boleh aku dan suri simpulkan, selepas tiga tahun sicilik diasuh oleh beliau. (1 tahun lagi sicilik diasuh oleh nendanya, ketika Suri menyambung pengajian di utara dahulu).
Tiga tahun itu, kepada pengasuhlah sicilik menumpang teduh kasih. Penghargaan dan terima kasih. Moga budi yang diberi dibalasi Sang Maha Segala dengan seluruh kebaikan. Hari ini sicilik sudah boleh dipanggil abang. Usianya akan genap lima tahun Februari ini. Bermulalah alam persekolahan tadika bagi sicilik. Moga dipermudahkan.


aliff says:
oh…abang cilik
erk…cilik ada request adik lelaki ker perempuan?
tahniah. semoga lebih lagi rezeki yang sampai.
January 4th, 2010 at 11:45 am
kamato says:
moga abang cilik membesar menjadi insan berguna
January 5th, 2010 at 8:19 am