MARBA DARI NEGERI CIK SITI WAN KEMBANG
Teksi
“Khidmat teksi teksi lebih teruk dari tandas”
Aku tak bermaksud menyokong pengucap. Tapi, tahu pula kau marah. Tahu pula kau kata mulut orang celupar. Tapi, tak tercermin pula perlakuan diri. Meter dalam teksi yang kau pandu itu kau buat apa? Sesuka hati kau sahaja menetapkan harga. Dari Stesen Komuter Batu Tiga ke Plaza SACC kau kata ar em tiga puluh. Mahal. Aniaya penumpang namanya. Alasannya pulang nanti tiada penumpang. Apakah kau Tuhan? Boleh pula mendahului Dia dalam menentukan frezeki engkau?
Ini pengalaman aku sebenarnya. Dari 7 teksi yang aku naik, hanya satu yang jujur! Selebihnya mencekik darah. Alangkah baiknya jika sikap pemandu teksi Malaysia setaraf di negara Jepun yang pernah aku tinggal dahulu. Pintu teksi pun mereka tutupkan.
Akhbar
“orang Malaysia tidak minat membaca”, Mamat
Jualan akhbar arus perdana semakin merosot bukan sebab rakyat Malaysia semakin malas membaca. Tetapi, isinya itu sebenarnya memualkan pembaca. Berat sebelah. Terlalu banyak isu politik sampai aku termuntah-muntah! Tak sedarkah?
Mas Kahwin
Naikkanlah mas kahwin mahal-mahal. Supaya semakin ramai anak dara tua. Semakin susah orang nak berkahwin. Nanti kalau semakin banyak zina dan anak luar nikah, kau jawablah dengan Tuhan! Komplikated ya orang agama ini. Perkara mudah dalam syarak nak disusahkan. Perkara susah bukan nak disenangkan. Berapa ramai isteri teraniaya dek kes mahkamah syariah mereka tertunggak bertahun-tahun! Sudah sampai masanya Jabatan dan Majlis agama Islam seluruh negeri disatukan di bawah satu payung bersama. Ubahlah perlembagaan negara, kuasa negeri bagi Agama boleh diseragamkan dengan persetujuan Majlis Raja-raja.
Kota Bharu
Kota Bharu yang mendung. Apakah hati-hati manusia sedang berkabung?

