Archive for December, 2009

December 15th, 2009

PINGGIR

Posted in bebas by Rudy

Kesibukan. Itulah alasan bodoh hingga aku terpaksa meminggirkan kawan-kawan.

December 14th, 2009

PELANGI

Posted in bebas by Rudy

pelangi 

“Ini apa?”, Aku.

“Ini pelangilah papa. Itupun tak tahu ke?”, Sicilik.

“Siapa ajar kamu lukis pelangi ni?”, Aku lagi.

“Kakak Nora lah (Anak sulung pengasuh sicilik)”, Sicilik beritahu.

“Tapi kenapa pelangi ada tiga warna saja?”, Aku.

“Abis, mama kedekut. Bagi tiga pen warna saja.”, Sicilik selamba.

“Bertuah punya anak”, Mama menyampuk.

Aku terkekek-kekek ketawa.

December 13th, 2009

SARAPAN PAGI DI RUMAH TUAN HAJI ANUAL BAKRI HARON

Posted in bebas by Rudy

Kota Bharu yang hening. Jam lapan setengah sudah terjengol muka di rumah Tuan Haji Anual Bakri Haron.

Entah mengapa ruang cuti sekolah seperti gagal memenuhkan Kota Bharu dengan kesesakan seperti biasa. Lengang teramat lengang. Berbual santai dengan Merdu Andika sahabat esastera sambil menyuap  nasi kerabu, seperti mengiyakan ledakan hati. Mungkinkah khalayak terfikir bah masih menenggelami Cik Siti Wan Kembang. Tahun ini pelik, bah datang sedikit. Waktu ini pada tahun lepas, bah masih menggenangi Kota Bharu. Gelombang ketiga ditunggu akhir Disember ini ujarnya. Perbezaan tahun ini tampak jelas. Biasanya waktu ini mereka sedang bertungkus-lumus membersih lumpur dan kelodak di lantai dan dinding sekolah tempat dia mencari rezeki.

Terima Kasih Tuan Haji Anual Bakri Haron. Jemputan sarapan pagi nasi kerabu di rumahmu, amat menggembirakan hati. Teringat kembali ketika aku naik pelamin dahulu, beliau yang bertaraf VVIP sudi memenuhi jemputan majlis kami di rumah Suri. Tiba giliran kami kali ini, memenuhi jemputan beliau pula meskipun telah lima tahun berlalu.