December 30th, 2009

REZEKI DISEMBER

Posted in bebas by Rudy

Dua ribu sembilan yang sudah di penghujungnya. Disember yang mewarnai hidup. Alangkah bersyukurnya dengan rezeki yang melimpah ruah pada penghujung dua ribu sembilan ini. Tahun yang banyak kurnia rezeki dan rahmatNya daripada Tuhan Rabbul Jalil.

Sejak di awal Disember, panggilan daripada agensi-agensi kerajaan (bukan jabatan sendiri) untuk mengandalkan kursus protokol, etiket sosial dan seni  penampilan diri tak termenangkan dek tangan. Mana yang terdahulu sahaja diambil. Mudahnya, Allah takdirkan pula cuti saban Jumaat sepanjang bulan ini. Senang untuk menjadualkan diri antara kerja hakiki dan khidmat bakti kepada agensi kerajaan lain. Sejak sepi tidak dijemput memberi ceramah di jabatan sendiri, semakin banyak pula jemputan bertandang dari agensi lain. Dalam usaha untuk memperbaiki modul, aku tambah beberapa daya penarik supaya pengisian kursus berkenaan dipenuhi dengan ilmu yang lain daripada lain. Sebagai contoh, aku datangkan pembantu khas untuk menunjuk ajar peserta tentang solekan diri, seni pemakaian tudung dan penggayaan rambut .  Terima kasih kepada sahabat networking yang sama-sama menjayakan program yang dirancangkan terutamanya kepada sahabat pramugara/pramugari, rakan jurusolek artis dan syarikat busana yang sudi mengambil bahagian sama. Alhamdulillah peserta amat teruja dan maklum balas yang diterima amat memberangsangkan sekali.

Sejurus membuka mata pagi tadi. Ada rezeki tidak tersangka-sangka pula tiba. ‘Berdirilah dua garisan’ yang mampu memberikan harapan. Maha suci Allah, tuhan yang merancang segala  sesuatu. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Both comments and pings are currently closed. RSS 2.0

9 comments

  1. Pnut says:

    tahniah buat rudi dan insyirah…take care…
    akhirnya dimusim cuti sekolah ini, berhasil aktviti kalian..

    lagi 8 bulan, nurse kat hosipal akan kata “ni semua produk cuti sekolah bulan 12 la ni..” ahaks..

    December 30th, 2009 at 11:36 am

  2. azrinna says:

    Alhamdulilah

    December 30th, 2009 at 12:39 pm

  3. ayobkelubi says:

    kak pnut

    keji ok. hahahhaha.

    betul take advantage musim hujan ni.

    hahahah.

    tahniah bang.

    aku belum sampai lagi rezeki tu.

    December 30th, 2009 at 12:46 pm

  4. sil says:

    Tahniah tahniah buat En. Rudy & isteri. Rezeki di hujung tahun. Kalau kita sabar, Tuhan akan beri rezeki yang melimpah ruah :) Itu semua rahsia Tuhan. Alhamdulillah..

    December 30th, 2009 at 1:36 pm

  5. ainyusof says:

    Alhamdulillah…akhirnya berkawan juga cilik nanti. Tak adalah lagi dia nak minta kat Mama dia beli adik kat kedai (siap request adik perempuan lagi, ihiks)…

    December 30th, 2009 at 10:05 pm

  6. ryna says:

    Alhamdulillah..tahniah..
    Anugerah dan Amanah…beshnyee

    December 31st, 2009 at 7:27 am

  7. ume says:

    omedetou buat insyirah & rudi & cilik.. bertambah ‘geng’ korang eh. jaga diri. jgn angkat benda berat, jgn keje berat2, byk2 rehat buat permulaan ini.

    December 31st, 2009 at 9:54 am

  8. asuhara says:

    wahhhh…omedetouu!

    December 31st, 2009 at 9:56 am

  9. Amyz says:

    alhamdulillah. tahniah. jaga diri baik2. :-)

    December 31st, 2009 at 10:29 pm