December 13th, 2009

SARAPAN PAGI DI RUMAH TUAN HAJI ANUAL BAKRI HARON

Posted in bebas by Rudy

Kota Bharu yang hening. Jam lapan setengah sudah terjengol muka di rumah Tuan Haji Anual Bakri Haron.

Entah mengapa ruang cuti sekolah seperti gagal memenuhkan Kota Bharu dengan kesesakan seperti biasa. Lengang teramat lengang. Berbual santai dengan Merdu Andika sahabat esastera sambil menyuap  nasi kerabu, seperti mengiyakan ledakan hati. Mungkinkah khalayak terfikir bah masih menenggelami Cik Siti Wan Kembang. Tahun ini pelik, bah datang sedikit. Waktu ini pada tahun lepas, bah masih menggenangi Kota Bharu. Gelombang ketiga ditunggu akhir Disember ini ujarnya. Perbezaan tahun ini tampak jelas. Biasanya waktu ini mereka sedang bertungkus-lumus membersih lumpur dan kelodak di lantai dan dinding sekolah tempat dia mencari rezeki.

Terima Kasih Tuan Haji Anual Bakri Haron. Jemputan sarapan pagi nasi kerabu di rumahmu, amat menggembirakan hati. Teringat kembali ketika aku naik pelamin dahulu, beliau yang bertaraf VVIP sudi memenuhi jemputan majlis kami di rumah Suri. Tiba giliran kami kali ini, memenuhi jemputan beliau pula meskipun telah lima tahun berlalu.

Both comments and pings are currently closed. RSS 2.0

3 comments

  1. cikgu zam says:

    salam,
    Tuan juga gemar nasi kerabu ya, (”,). selamat bercuti di bumi kelantan,. Try la sate baung di pengkalan chepa, best jugak. Pagi2 mesti selalu makan nasi bungkus best jugak, emm tapi hati2 ya klu yang terlebih manis tu, hehhe.

    December 13th, 2009 at 12:29 pm

  2. Aliff says:

    Wah! bestnya. Tetapi saya tidak berapa suka nasi kerabu.

    December 13th, 2009 at 5:49 pm

  3. warispengiran says:

    wah….terliur dengar nasi kerabu asli dari Kelantan…

    December 14th, 2009 at 10:48 am